IKHWAN HAZWAN
Ahli Parlimen
DAP-Segambut, Lim Lip Eng berkata dengan melantik Ahli Parlimen Marang
tersebut sebagai penasihat maka wajarlah Perdana Menteri memberhentikan
penasihat-penasihat rasmi bertaraf menteri yang kini berkhidmat dengan
beliau. - Foto TRP/Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
perlu dilantik sebagai penasihat tertinggi kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak sekiranya menerima tawaran Pas yang mahu
bertindak sebagai penasihat kerajaan.
Ahli Parlimen DAP-Segambut, Lim Lip Eng
berkata dengan melantik Ahli Parlimen Marang tersebut sebagai penasihat
maka wajarlah Perdana Menteri memberhentikan penasihat-penasihat rasmi
bertaraf menteri yang kini berkhidmat dengan beliau.
Menurutnya, kesemua 11 orang Menteri di
Jabatan Perdana Menteri juga sudah tidak diperlukan lagi untuk membantu
dan menasihat Najib.
“Amat wajar penasihat-penasihat tersebut
diberhentikan kerana Hadi boleh bertindak sebagai penasihat utama
(supreme adivisor) kepada Najib.
“Mereka ini tidak diperlukan lagi kerana
Hadi boleh memberikan nasihat kepada pelbagai isu kerana beliau adalah
‘Mr Know It All’,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kelmarin
Hadi yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu
menegaskan tawaran Pas sebagai penasihat kepada kerajaan pusat bukan
kerana mahu mendapatkan pangkat sebaliknya sebagai usaha untuk
menyelamatkan negara.
Jelas Hadi, sudah tiba masanya Pas campur
tangan dalam urusan negara untuk menasihati pemimpin agar mentadbir
mengikut tatacara Islam.
“Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat.
“Permulaannya dengan menasihati pihak
yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran, kalau mereka tidak
berubah caranya adalah mengambil alih kuasa tanpa dendam kesumat,”
katanya dalam kenyataan.
No comments:
Post a Comment