SHAH ALAM: Tindakan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) yang giat
berkempen menarik ahli PAS untuk menyertai parti serpihan akan memakan
diri sendiri.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr. Mahfodz Mohamed sebaliknya berkata GHB
sepatutnya mensasarkan ahli Umno untuk menyertai parti baru yang akan
mereka tubuhkan sedikit masa lagi dan bukannya menarik ahli PAS.
"Sepatutnya mereka berkempen kepada ahli-ahli Umno supaya menyertai mereka.
"Apa yang mereka lakukan itu menghianati parti sendiri dan bercanggah
dengan matlamat mereka untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) dan
akhirnya akan menghancurkan parti mereka dan memenangkan Umno BN,"
katanya kepada Antarapos melalui aplikasi WhatsApp.
GHB kini mengadakan siri jelajah bagi menjelas rasional tindakan mereka
mahu menubuh parti baru kelak dan mensasarkan ahli PAS untuk menyertai
mereka.
Siri jelajah itu turut di sertai bekas pemimpin PAS yang gagal pertahan jawatan mereka untuk penggal yang seterusnya.
"Usaha GHB hendak menarik ahli-ahli PAS meyertai mereka adalah usaha yg
tidak amanah dan tidak jujur kerana mereka masih ahli PAS.
"Jadi macam mana mereka boleh tergamak berkempen kepada ahli-ahli PAS
supaya tinggalkan PAS dan masuk parti lain padahal objektif mereka
hendak tumbangkan Umno Barisan Nasional," katanya.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik
Salleh pula berkata sejak GHB diperkenalkan pengerusinya, mohamad Sabu,
tiada lagi kritikan politik dibuat terhadap Umno.
"Kalau dia (GHB) betul-betul hendak mengalahkan Umno di Malaysia dan
dia merasakan Umno BN ini adalah satu parti yang tidak baik, sepatutnya
GHB perlu letak fokus yang jelas.
"Fokus dia ialah sepatutnya GHB bertembung dengan Umno bukan bertembung
dengan PAS atau parti-parti pembangkang yang lain," katanya.
"Saya tidak nampak dia (GHB) serang Umno sejak ia diumumkan," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Justeru, Nik Zawawi berkata, padanya GHB bukan ikhlas mahu berpolitik
dan berkhidmat untuk rakyat tetapi lebih kepada kecewa dan tidak puas
hari selepas ditolak perwakilan untuk terus memegang jawatan dalam PAS.
"Jadi saya menampakkan bahawa kewujudan GHB ini adalah kerana kecewa,
tidak puas hati dan macam-macam benda yang negatif, yang sepatutnya
sifat umpama ini tidak berlaku kepada orang yang hendak memperjuangkan
sesuatu kebenaran," katanya.
No comments:
Post a Comment