SHAH ALAM – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan
tindakan penggantungan dua penerbitan The Edge Financial Daily dan
mingguan The Edge sekadar mengalih perhatian isu sebenar dan menambah
kekecewaan orang ramai kepada kerajaan.
“Sekali lagi kita dialihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi. Kita boleh sekat mana-mana penerbitan, tapi itu tidak akan menyelesaikan segalanya. Malah, ia membuat orang ramai lebih marah.
“Lebih buruk lagi, kini sia-sia sahaja, wujud ketidakpuasan hati terhadap kerajaan,” katanya dalam tulisan di Facebooknya.
Bekas menteri itu berkata, perbincangan di media sosial akan tetap berterusan tanpa mengira apa jua sekatan yang dikenakan, malah sekatan itu hanya akan memberi satu topik baharu untuk rakyat bincang dan kutuk.
“Jangan pula kata sekarang kita terpaksa tutup internet. Terlalu banyak campur tangan akan merosakkan semuanya,” katanya.
Beliau juga berkata, perkataan sekat perlu dibuang daripada kamus politik Malaysia.
Katanya, sementara kebebasan bersuara mempunyai had tertentu, mengambil kira faktor kesopanan, menghormati kepercayaan agama orang lain dan hak majoriti, penting juga dipastikan media tidak dihukum sewenang-wenangnya, bukan kerana melampaui batasan had itu tetapi kerana melaporkan sesuatu yang dianggap tidak menyenangkan.
“Pastinya kita tidak mahu mengikut seperti negara lain di mana media diarahkan apa yang perlu ditulis,” katanya.
Rafidah berkata, pihak bertanggungjawab perlu memberikan fakta kepada umum melibatkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
No comments:
Post a Comment