Sempena hari lahir ke-90, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
melahirkan rasa syukurnya kerana masih berpeluang menyambut hari
bersejarah itu.
"Saya bersyukur kerana dapat sambut hari lahir ke-90. Itu yang saya tak sangka sama sekali. Alhamdulillah," kata Dr Mahathir tersenyum.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara hari ini.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu hadir ke Masjid Negara dengan mengenakan pakaian sut berwarna kelabu gelap dan songkok.
Turut hadir bersamanya, dua orang anak lelaki beliau, Datuk Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz serta dua orang cucunya.
Ketika ditanya apakah harapan sempena ulang tahun ke-90, Dr Mahathir dengan ringkas berkata, beliau berharap agar dapat terus bergiat aktif dalam (menangani) masalah negara.
"Kalau saya masih boleh bergerak, saya harap boleh terus aktif dalam (menangani) masalah negara," kata Dr Mahathir.
Diminta memberikan ucapan kepada rakyat Malaysia, Mahathir sambil tersenyum berkata: "Saya berdoa semua orang dapat merayakan ulang tahun (kelahiran) ke-90."
Seperti biasa, kehadiran Dr Mahathir sentiasa mendapat perhatian dan hari ini orang ramai tetap berebut-rebut bersalaman atau bergambar dengan pemimpin yang mendapat jolokan bapa kemajuan itu.
Mahathir hanya tersenyum setiap kali bersalaman dan diajak bergambar oleh orang ramai.
Sementara itu, sebelum Dr Mahathir ditemui media, Mokhzani - anak keempat daripada sembilan beradik itu - meminta supaya pemberita tidak mengajukan soalan politik kepada bapanya.
Bekas Naib Pengerusi Sapura Kencana Petroleum Bhd itu berkata, ia bagi menghormati Masjid Negara serta hari lahir bapanya.
"Hari ini ulang tahun dia. Jadi kita tak nak soalan-soalan macam itu diajukan kepadanya," kata Mokhzani.

No comments:
Post a Comment