MALAYSIAKINI
Aktivis mahasiswa mengancam mengadakan demonstrasi besar-besaran jika
Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan penjelasan meyakinkan mengenai
dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) ke atasnya.
Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Malaysia Muhammad Luqman Nul
Haqim Zul Razali hari ini berkata perdana menteri mesti memberikan
jawapan kepada tiga persoalan iaitu:
* Adakah akaun bank itu milik beliau?
* Adakah wang bernilai RM2.6 bilion dari dana 1MDB masuk ke akaunnya?
* Apakah aset beliau?
Kata
Muhammad Luqman, jika Najib gagal menjelaskan tanda tanya itu mereka
tidak akan teragak-agak menganjurkan protes besar-besaran bagi membantah
kerajaan.
Dia dan beberapa pemimpin pelajar bercakap kepada media selepas
menyertai tunjuk perasaan membabitkan sekumpulan pelajar di Putrajaya
hari ini.
Mereka merujuk kepada laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan
pengaliran dana bernilai hampir AS$700 juta ke dalam akuan persendirian
didakwa milik Najib.
Sementara itu Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Khairul Najib Hashim
berkata jika dakwaan WSJ itu benar, maka kerajaan BN yang ada pada
ketika ini dianggap tidak sah.
"Parlimen mesti dibubarkan dan kembalikan mandat kepada rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment