HAZAWANI ARIFFIN
KUALA LUMPUR- Trend memakai jubah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat terutamanya golongan lelaki yang ingin tampil segak dan penuh gaya.
Pelbagai jenis rekaan jubah serta warna
dan saiz yang mengikut potongan bentuk badan mula membanjiri pasaran dan
mendapat perhatian orang ramai.
Menurut pereka fesyen terkenal Malaysia,
Ezuwan Ismail, jualan daripada koleksi peribadi miliknya sendiri
mendapat sambutan sehingga mencecah 90 peratus berbanding koleksi baju
melayu yang biasa.
“Kami ingin menggalakkan pemakaian jubah
bukan sahaja pada hari raya namun pada hari kebiasaan juga kerana
sifatnya yang senang dijaga, malah mudah untuk mengerjakan solat.
“Rekaan terkini jubah lebih
mengetengahkan gaya kontemporari moden, di mana jubah direka mengikut
potongan bentuk badan si pemakai,” kata beliau ketika dihubungi The
Rakyat Post.
Ezuwan juga menjelaskan bahawa budaya
pemakaian jubah seperti negara Arab itu tidak salah kerana pada awalnya,
budaya kita juga memperaktikan pemakaian jubah cuma ianya lebih berupa
tradisional.
“Tidak salah untuk kita mempraktikan
budaya Arab di sini kerana pemakaian jubah itu sendiri adalah Sunnah
Rasulullah yang patut diikuti.
“Dengan gaya yang lebih moden dan santai,
jubah kini mampu menarik minat golongan muda seperti lelaki untuk
memilih jubah,” tambah beliau.
Ezuwan antara pereka terawal yang mereka
jubah lelaki menepis kenyataan apabila dikatakan jubah lelaki hanya
ingin menunjukkan bentuk badan lelaki dan tidak mempunyai ciri-ciri
jubah yang sepatutnya.
“Potongan mengikut potongan badan atau
‘slim fit’ adalah untuk keselesaan si pemakai. Jubah direka kecil di
bahagian dada adalah untuk menampilkan ketinggian si pamakai, manakala
saiz kembang dibawah adalah untuk kesenangan ketika berjalan.
“Jubah yang direka masih mengikut
ciri-ciri tradisional, potongan ‘slim fit’ bukanlah bermakna ketat
tetapi lebih berfungsi sebagai pakaian yang senang dibawa solat selain
daripada jenis material yang digunakan,” ujar beliau.
No comments:
Post a Comment