MALAYSIAKINI
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap barisan kabinet baharu
dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.
Beliau berkata terlalu awal bagi PAS menyatakan pendapat berhubung
barisan kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak hari ini, lapor Bernama.
"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan kabinet
baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas
khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada
pemberita di Kuala Lumpur , hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS di ibu pejabat parti itu.
Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan
Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.
No comments:
Post a Comment