PUTRAJAYA - "Ia bukan kerana mereka (petugas The Edge Weekly dan The
Edge Financial Daily)... saya berpegang pada kebebasan bersuara dan
memberi berpendapat. Itu sahaja".
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik bongsu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian sebagai
mengulas posting beliau baru-baru ini dalam akaun media sosial,
Instagram mengenai penggantungan permit penerbitan akhbar 'The Edge
Weekly' dan 'The Edge Financial Daily'.
"Inilah (pendirian saya) bukan mempertahankan sesiapa... ini adalah prinsip kebebasan media," katanya.
Bercakap kepada media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bekas
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini, Nazir
berkata, semuanya masih baik dalam keluarganya.
"Saya juga berbual secara peribadi dengan abang saya (Najib) tetapi saya tidak akan berkongsi dengan andalah...," kata Nazir.
Pada Jumaat, beliau meletakkan logo The Edge pada laman Instagramnya
dengan kapsyen, 'The Edge is a pillar of our business community - big
role in keeping us informed, honest and competitive' (The Edge merupakan
tonggak bagi komuniti perniagaan kami - berperanan besar dalam sentiasa
memberi maklumat kepada kami secara jujur dan kompetitif'.
Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit penerbitan akhbar
'The Edge Weekly' dan 'The Edge Financial Daily' selama tiga bulan,
mulai 27 Julai. - Bernama
No comments:
Post a Comment