Monday, July 6, 2015

Najib popular di carta Wall Street Journal

Najib popular di carta Wall Street Journal
Carta paling popular di Wall Street Journal.
 
 
SHAH ALAM – Perhatian seluruh dunia nampaknya mula beralih arah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Sinar Online mendapati laporan ke atas isu Najib dengan dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki carta paling popular di Wall Street Journal biarpun hampir seminggu isu tersebut dimainkan.

Tajuk berita Malaysian Leader Faces Political Test (Pemimpin Malaysia Berdepan Ujian Politik) hasil tulisan James Hookway melonjak naik menduduki tangga pertama dalam carta tersebut sejak disiarkan semalam.

Artikel tersebut yang berkisar mengenai tekanan yang terpaksa dihadapi oleh perdana menteri selepas penyiasatan pertama kali dilakukan ke atas beliau berhubung dakwaan terbabit.

Artikel tersebut dikongsi oleh 3,081 pelayar Facebook dan turut mendapat kongsian oleh 42 pengguna Twitter.

Dalam pada itu, penulisan artikel pendapat bertajuk Scandal in Malaysia (Skandal dalam Malaysia) mula memanjat carta paling popular portal antarabangsa itu.

Menduduki tangga kelima, artikel yang disiar sejak semalam itu mendapat kongsian ke 420 akaun Facebook and turut dikongsikan oleh 39 pemilik akaun Twitter yang lain.

Manakala artikel Malaysia 1MDB Probe Says It Has Found Documents Tied to Alleged Transfers to Prime Minister Najib (Siasatan 1MDB Malaysia menjumpai dokumen yang boleh dikaitkan dengan pemindahan dana ke akaun Perdana Menteri) yang disiar sejak Sabtu lalu kekal menduduki carta di tangga keenam.

Artikel tersebut yang ditulis oleh Tom Wright dan Celine Fernandez yang melaporkan mengenai dokumen yang mengaitkan dana 1MDB dengan akaun bank Najib telah dikongsikan oleh 7,968 pengguna Facebook setakat ini, selain di retweet oleh 124 pengguna Twitter.

Secara keseluruhan, ia jelas menunjukkan laporan pemberitaan perdana menteri negara mendominasi carta terbabit.

Ia secara jelas membuktikan tumpuan seluruh dunia kini terarah kepada negara dan pemimpinnya.


No comments: