Di sebalik insiden 'ala Cinderella' membabitkan Datin Seri Rosmah
Mansor, ada pengajaran dilihat Mufti Perlis Datuk Seri Mohd Asri Zainul
Abidin.
Meluahkan pandangannya di Facebook, beliau berkata, semua pihak diharap tidak mengeluarkan perkataan tidak wajar kepada isteri perdana menteri itu dan kenyataan yang dibuat mungkin akan dilihat biadab.
“Bagi saya, jika seseorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya, itu tidaklah ganjil. Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk.
“Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati. Janganlah kita kata 'terlebih manja', ataupun 'kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai' atau seumpamanya. Itu tidak wajar dan tiada simpati. Mungkin juga biadab,” tulisnya.
Jangan mengata
Menganggap orang ramai perlu bertimbang rasa kepada Rosmah, Mohd Asri berkata kerajaan juga perlu bertimbang rasa kepada rakyat.
Beliau mengaitkan insiden tersebut dengan keadaan rakyat yang tertekan dengan perbelanjaan harian yang meningkat, tanggungan bertambah akibat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta "kehilangan itu dan ini".
Keadaan itu, kata Mohd Asri menjadikan rakyat perlu diselamatkan.
"Janganlah kata 'rakyat manja' ataupun 'jika mahal, jangan beli' ataupun 'jika nak jimat, jangan balik kampung' ataupun apa-apa 'ayat biadap untuk rakyat'.
"Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita," tulisnya.
Kelmarin satu klip video menunjukkan Rosmah dilihat dibantu seseorang untuk memakai kasut ketika keluar dari sebuah bangunan di Shah Alam.
Insiden itu mengingatkan sesetengah pihak kepada cerita dongen rakyat, Cinderella.
Video sepanjang 31 saat itu dimuat naik di Facebook dan menjadi viral.
Manakala pegawai Rosmah, Datuk Rizal Mansor mempertahankan bosnya dengan berkata lutut Rosmah tidak kuat dan memerlukan bantuan memandangkan umurnya kini sudah 64 tahun.

No comments:
Post a Comment