MALAYSIAKINI
Ketua Wira PERKASA Malaysia Irwan Fahmi Idris hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Wall Street Journal (WSJ) yang didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa
menyiasat kebenaran laporan berkenaan dan sekiranya bohong, pihak yang
telah mengeluarkan kenyataan itu harus dibawa ke muka pengadilan.
“Kita gesa untuk siasat, sekiranya perkara ini tidak betul dan tidak wajarlah perkara ini difitnah sedemikian rupa.
“Ini bukan tentang mempersoalkan Datuk Seri Najib, ini soal integriti
sesebuah negara. Saya dapat tahu media antarabangsa sudah pickup perkara
ini dan kita mahu kesahihan perkara ini adakah benar, fitnah ataupun
sebaliknya,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Dang Wangi.
Ketika ditanya bagaimana jika laporan dikeluarkan itu benar, Irwan berkata, polis harus mengambil tindakan kepada Najib.
Dalam parti dia pun bersuara
Semalam WSJ melaporkan berlaku perpindahan dana
1MDB bernilai hampir AS$700 (RM2.6 bilion) ke akaun perseorangan yang
menggunakan nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".
Sementara
itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini juga membuat laporan
terhadap Najib berhubung laporan WSJ berkenaan dakwaan penyelewengan
1MDB ke dalam akaunnya.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad menyarankan agar Najib bercuti sementara siasatan dijalankan berhubung isu ini.
"Cantik sekiranya PM bercuti sementara siasatan dijalankan... sekiranya perlu beliau berehatlah.
"Saya dapati ada elemen penyelewengan dan minta polis jalankan
siasatan... individu yang perlu untuk disiasat ialah PM kerana bagi
saya ini adalah tuduhan yang mengejutkan kita," katanya.
Nik Nazmi berkata, jika Najib berada di pihak yang benar, beliau digesa
untuk menyaman WSJ berhubung laporan tersebut dan sekiranya didapati
bersalah, beliau harus meletak jawatannya.
“Saman WSJ atau kalau didapati bersalah, letak jawatan kerana sekarang
bukan pembangkang saja bersuara, dalam parti dia (Najib) pun sudah
bersuara.
"Bagi kita, kita mahu perkara ini disiasat secara menyeluruh dan AMK
menyeru rakyat Malaysia untuk buat laporan yang sama,” katanya.
No comments:
Post a Comment