MALAYSIAKINI
Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan bekas timbalan presiden PAS
Mohamad Sabu tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah
berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.
Beliau dituduh memburuk-burukkan anggota polis dan keluarganya dalam insiden itu dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditemani peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang juga anggota parlimen Sepang.
No comments:
Post a Comment