SINAR HARIAN
KOTA BHARU - DAP hari ini diselar kerana disifatkan sengaja buat-buat
tidak faham mengenai pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II
(Pindaan 2015) oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan
Hubungan Serantau negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bukan Islam
sepatutnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud kerana ia tidak
melibatkan mereka dan hukuman hanya dikenakan terhadap orang Islam
sahaja.
"Sepatutnya tak timbul dia (DAP bantah) sebab kita pinda mengikut
kehendak dia (undang-undang tidak terpakai kepada bukan Islam),
sepatutnya dialah yang paling setuju.
"Alih-alih dia pula yang lawan. Jadi bukan mereka tak faham, (tapi)
mereka buat-buat tak faham," katanya pada Majlis Dialog dan Berbuka
Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di sini,
malam tadi.
Persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 18 Jun lepas masih belum
membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dikemukakan
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pelaksanaan hudud di
Kelantan kerana memberi laluan kepada agenda dan urusan kerajaan lain.
Mohd Nassuruddin berkata dalam rundingan yang dilakukan bersama DAP dan
PKR sebelum ini, Pas telahpun menyatakan hasrat parti untuk
memperkasakan syariat Islam sebagaimana yang termaktub di dalam
Perlembagaan negara.
"Dalam Perlembagaan negara disebut dalam Perkara 3 iaitu Islam bagi
agama Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan. (Selain
itu) Perkara 11 juga sebut setiap orang berhak mengamalkan kepercayaan
masing-masing.
"Hudud ini kepercayaan agama Islam dan jelas disebut dalam al-Quran
(termasuk hukuman yang perlu dikenakan kepada pesalah)," katanya.
Katanya, Pas sentiasa terbuka dalam membincangkan perkara ini dan
sentiasa memberi penjelasan lanjut kepada mana-mana pihak yang mahukan
pencerahan berhubung hukum hudud berkenaan.
"Jadi saya pun tak faham kenapa mereka tak faham, saya pun tak reti
kenapa mereka tak reti. Tapi saya reti kenapa mereka buat tak reti. Kita
terbuka dan memang sentiasa beri penjelasan ... bukan kita tak bagi,"
katanya.
RUU itu dicadangkan susulan keputusan Dun Kelantan yang sebulat suara
meluluskan Kanun Jenayah Syariah II Enakmen 1993 (Pindaan 2015) pada 19
Mac lepas bagi pelaksanaan hudud di negeri itu. - Bernama
2 comments:
Mung yg kaki kelentong tuk tuk dok sekeh dap. Aku bukan nak apa, nak bagi balik bangsi(harmonica) hangpa. Dah lama aku x dengaq lagu sua sueh kemuning dan lagu favourite hangapa huduud dude ! Cuba hangpa tiup main sat.
Mung yg kaki kelentong tuk tuk dok sekeh dap. Aku bukan nak apa, nak bagi balik bangsi(harmonica) hangpa. Dah lama aku x dengaq lagu sua sueh kemuning dan lagu favourite hangapa huduud dude ! Cuba hangpa tiup main sat.
Post a Comment