BERNAMA
Ketika kebakaran biik kuliah UiTM, semua 200 pelajar terselamat kerana berada di asrama masing-masing. -Foto fail TRP
DUNGUN- Tindakan bijak seorang pelajar
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, dekat sini, yang pantas
memaklumkan kepada polis bantuan berhampiran di bazar Ramadan yang
dikunjunginya, mengenai kebakaran di bilik kuliah universiti itu,
menyelamatkan bangunan terbabit.
Difahamkan, pelajar terbabit sedang
membeli juadah berbuka puasa di pasar Ramadan yang terletak tidak jauh
dari tempat kejadian, sebelum melihat kebakaran di bilik kuliah UiTM.
Beliau kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis bantuan berdekatan dan terus menelefon bomba.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan
Penyelamat Dungun, Amri Mohamad, berkata sebaik menerima panggilan, 10
anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika kejadian, semua 200 pelajar berada di asrama masing-masing untuk berbuka puasa dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Api berjaya dikawal sepenuhnya sejam
kemudian dan kami masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca
kejadian,” katanya.
No comments:
Post a Comment