THE RAKYAT POST
Merujuk kepada tinjauan
pakar geologi, Profesor Dr Felix Tongkul berkata, kedua-dua aras di
Sungai Ulu Kadamaian dan Sungai Penataran di Kota Belud hampir melimpah
kerana hujan lebat yang berterusan. - Foto Professor Dr Felix Tongkul
KUNDASANG- Daerah Ranau yang dilanda bencana, boleh dilanda dengan satu lagi banjir lumpur jika cuaca buruk berterusan.
KUNDASANG- Daerah Ranau yang dilanda bencana, boleh dilanda dengan satu lagi banjir lumpur jika cuaca buruk berterusan.
Pakar geologi tempatan, Profesor Dr Felix
Tongkul berkata beliau memberi amaran bahawa cerun rapuh bersaiz padang
bola sepak boleh runtuh pada bila-bila masa dan boleh menyebabkan
banjir lumpur.
“Selain hujan berterusan, gegaran juga boleh mencetuskan tanah runtuh,” katanya.
Pada 5 Jun lalu, selepas gempa bumi dan
susulan beberapa gempa selepas itu telah menyebabkan bongkah-bongkah
batu runtuh menjadi beberapa serpihan dan sisa runtuhan yang juga
terdiri daripada pohon dan batu-batu bersaiz kereta menyekat aliran
sungai di Liwagu.
Tambahnya, merujuk kepada tinjauannya
hari ini, kedua-dua aras di Sungai Ulu Kadamaian dan Sungai Penataran di
Kota Belud hampir melimpah kerana hujan lebat yang berterusan.
“Sekitar tengah hari, saya berada di
Kampung Malangkap Baru untuk meninjau situasi Sungai Penataran.
Hanya
dalam masa satu jam, paras air sungai itu hampir ke tebing dan air
sungai yang keruh berwarna coklat gelap dilihat seperti milo.
“Air mula melimpah ke aras tebing dan
mula mengalir ke kawasan kampung. Perkara yang sama berlaku di kampung
berdekatan Sungai Ulu Kadamaian,” kata pensyarah Universiti Malaysia
Sabah itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tongkul berkata perkara yang sama juga boleh berlaku kepada Sungai Mesilou Kiri dan Sungai Mesilou Kanan.
“Sebagai penduduk kampung di daerah
Mesilou perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mereka perlu
melaporkan sebarang tanda-tanda banjir kepada pihak berkuasa yang
berkaitan, tanda awal adalah terbentuknya ‘empangan sementara’ di
sepanjang sungai itu kerana aliran yang tersekat daripada sisa runtuhan
gempa bumi tempoh hari.
“Pihak berkuasa juga perlu memantau risiko-risiko yang bakal berlaku di sungai berhampiran pada setiap masa,” ujar beliau.
No comments:
Post a Comment