BERNAMA
Bekas Menteri Besar
Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said hari ini menafikan
beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat
diperkatakan di media sosial. - Foto Bernama
KEMAMAN, Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said hari ini menafikan beliau akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Ahmad ketika ditemui di majlis rumah
sambutan hari raya di rumahnya di Telok Kalong di sini berkata kalau
beliau mahu meninggalkan BN ia pastinya telah dibuat setahun yang lalu.
“Saya masih bersama BN dan masih lagi
ADUN Kijal, siapa yang sebarkan berita saya keluar BN… apapun keputusan
tunggu pada Perhimpunan Agung UMNO nanti,” katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Ahmad Said diganti oleh Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman yang mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu
Terengganu pada 12 Mei 2014.
No comments:
Post a Comment