SHAH ALAM: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengambil sikap tunggu
dan lihat terlebih dahulu berhubung hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
sedang berusaha mewujudkan permuafakatan politik antara gerakan
progresif dan badan bukan kerajaan (NGO).
Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata, setakat ini ABIM tidak menerima
apa-apa perincian lagi daripada Ketua Umum PKR itu berhubung
hasratnya.
Anwar sebelum ini meluahkan hasrat turut mahukan ABIM sama terlibat
dalam mewujudkan muafakat politik yang lebih utuh, yang akan melibatkan
semua gerakan progresif termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Sebab tiada apa-apa lagi, apa yang Anwar hendak bincang, itu kita
tidak tahu lagi, mungkin dia Anwar sekadar mahu menyatakan hasrat dia
dahulu.
"Jadi kita tunggu dan lihat selepas ini," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Beliau dalam pada itu berkata, usaha Anwar itu disambut baik selagi
ianya menjamin keharmonian negara dan berada pada landasan sistem
berperlembagaan.
"Ini adalah sebagai satu ikthiar beliau (Datuk Seri Anwar), sama ada
usaha beliau itu akan berjaya atau tidak, kita tunggu dan lihat.
"Dan kata orang itu, tapi kami ABIM mengalukan jika ia benar-benar
proses demokrasi yang sihat dan boleh untuk mempertahankan kedaulatan
agama, kedudukan bangsa Melayu dan keharmonian dalam masyarakat,"
katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tidak dapat memberi jaminan
bentuk kerjasama yang boleh diberikan ABIM selagi tiada perbicangan
rasmi secara bersama dengan NGO itu.
"Saya pun tidak tahu apa yang hendak beliau bentangkan, jadi apakah bentuk kerjasama yang diperlukan mereka?
"Sama ada dari segi idea atau sebagainya, jadi saya tidak boleh hendak komen lebih benda itu," katanya.
Kelmarin, Anwar yang juga Penasihat PKR memberikan bayangan jelas akan
menjalinkan kerjasama dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas dasar
permuafakatan politik yang lebih kukuh.
Katanya lagi, parti berkenaan sedang mewujudkan permuafakatan politik
melibatkan semua gerakan progresif termasuk NGO seperti BERSIH, ABIM,
IKRAM dan Gerakan Harapan Baru yang baru sahaja diwujudkan.
No comments:
Post a Comment