shahbudindotcom
Apa dan di mana simptom positif daripada kekalahan itu?
Ini
kerana BN bukan saja terus gagal untuk menawan Permatang Pauh, bahkan
peratusan undi BN hampir tidak meningkat berbanding pilihanraya umum
lalu.
Dalam
pilihanraya umum lalu, calon BN Dr Mazlan Ismail mendapat sebanyak
25,360 undi daripada 88.3 peratus yang keluar mengundi. Ini bermakna
sokongan yang diterima BN ialah 40.06 peratus.
Dalam
pilihanraya kecil kali ini pula, calon BN Suhaimi Sabudin mendapat
21,475 undi daripada 73 peratus yang keluar mengundi. Ia bermakna
sokongan yang diterima BN hanyalah 40.44 peratus saja.
Apakah peningkatan 00.38 peratus itu boleh dianggap simptom positif kepada BN?
Dari
segi undi yang diperolehi PKR pula, ia jelas tidak jauh berbeza. Dalam
pilihanraya umum lalu, Anwar yang menjadi calon mendapat 37,090 undi
atau 58.57 peratus berbanding Dr Wan Azizah yang mendapat 30,316 atau 57
peratus sokongan.
Berbekalkan
dengan sebahagian besar pemimpin UMNO dan kerajaan berkampung di
Permatang Pauh membawa segala macam peruntukan dan buah tangan kepada
pengundi, malangnya undi PKR yang berjaya diturunkan hanyalah sebanyak
1.57 peratus saja.
Penurunan undi PKR sebanyak 1.57 peratus inikah yang dianggap simptom positif kepada BN itu?
Lebih
memeningkan kepala apabila dalam ulasannya Zahid Hamidi juga berkata,
"simptom positif ini membawa sinar baru kepada perjuangan UMNO di
Permatang Pauh".
Kata
Zahid lagi, walaupun tewas dalam pilihanraya kecil ini tetapi ia
menampakkan perubahan dan "peningkatan sokongan yang besar" kepada BN.
Di mana sebenarnya sinar baru dan wujudnya "peningkatan sokongan yang besar" kepada BN?
Keputusan
pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan saja memberi "isyarat demam
berpanjangan" kepada UMNO dan BN, tetapi yang lebih memualkan ialah
pemimpin UMNO nampaknya masih dibuai simptom syok sendiri yang
berlebih-lebihan.
Ketua
UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said, tidak sekadar
melahirkan keyakinan untuk menang, bahkan mengatakan pihaknya sudah pun
menggerakkan jentera pilihanraya sejak Februari lagi.
Amboii...kalau dah bergerak sejak Februari lagi, takkan keputusan jadi lagu ni?
Zahid
Hamidi pula, pada dua hari sebelum pembuangan undi tempohari mengatakan
ada angin perubahan sedang bertiup kuat di Permatang Pauh dan ianya
amat dirasai oleh jentera BN.
Katanya, suasana di Permatang Pauh kali ini amat berbeza berbanding sesama pilihanraya kecil 2009 lalu.
Tetapi
berdasarkan keputusan pengundi yang terus memberi kemenangan kepada PKR
melalui calonnya Dr Wan Azizah dengan majoriti 8,841, selain tiada
angin perubahan yang bertiup, apa simptom positif yang dimaksudnya Zahid
Hamidi juga sukar difahami.
Apakah
Zahid masih ingin menunjukkan beliau lebih berjaya berbanding
Hishammuddin yang mengetuai jentera Rompin tetapi perolehan undi BN
merosot sebanyak 41 peratus berbanding pilihanraya umum lalu?
Ahh...makan panadol lima enam biji pun tak hilang lagi pening kepala memikirkan justifikasi Zahid ini.
Pening memikirkan di mana tanda positifnya kepada BN...
Nyanyian ini lagi syahdu...
No comments:
Post a Comment