Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) ketika sidang media bersama wartawan Malaysia sempena World Expo Milano 2015 di Milan, hari ini. - Foto Bernama
MILAN – ITALI. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda Umno yang mahukan Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi penjelasan berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.
Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata demikian kepada media Malaysia di sini pada Jumaat.
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke sini sejak semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: KJ: Kementerian Kewangan, TH sila jelaskan!]
Dalam kenyataannya, Pemuda Umno menzahirkan kebimbangan berhubung pembelian tanah itu daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta.
Pemuda Umno meminta supaya penjelasan dibuat bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan. - Bernama
No comments:
Post a Comment