MALAYSIAKINI
Bekas pengarah bahagian jenayah komersial Bukit Aman Datuk Ramli Yusof
mendakwa di Mahkamah Tingi Kuala Lumpur bahawa Badan Pencegah Rasuah
(BPR) menuduh Rosli Dahlan sehari sebelum hari raya pada 2007 untuk
mengelakkan peguam itu membantunya.
Memberi keterangan semasa pemeriksaan semula peguam Chethan Jethwani,
Ramli berkata sudah jelas bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Musa
Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail cuba menganiayanya.
Katanya pihak polis menemui Rosli setelah Jabatan Peguam Negara tidak
mahu memfailkan draf afidavit beliau dan enam lagi pegawai polis
terhadap ketua kongsi gelap Goh Cheng Poh.
Ramli berkata Rosli membantu memfailkan afidavit untuk menentang permohonan habeas corpus Goh.
“Mereka cuba elak Rosli daripada bantu saya dan itu sebabnya mereka dakwa dia dulu. Saya sebenarnya suspek, bukan Rosli.
“Saya saksi utama (kes pengisytiharan aset). Mereka patut tuduh saya di
mahkamah sejak awal lagi,” kata bekas pegawai kanan polis itu lagi.
No comments:
Post a Comment