Muhammad Khalil Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul
Hadi mengakui lebih cenderung terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik
Abduh Nik Abdul Aziz untuk menerajui kepimpinan Pemuda Pas pada penggal
akan datang.
Muhammad Khalil berkata, Nik Abduh yang bakal mencabar penyandang Ketua Pemuda sedia ada, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan Pemuda Pas bulan depan, melihat Nik Abduh mampu membawa aspirasi perjuangan pemuda Islam dalam parti itu.
Menurutnya, dengan pelbagai isu berlaku kebelakangan ini yang seolah-olah menggugat perjuangan Islam, beliau melihat seorang pemimpin tegas diperlukan supaya tidak berkompromi perkara membabitkan hukum-hakam.
“Kita lihat isu yang berlaku pada hari ini, pihak akar umbi melihat kepimpinan peringkat atasan ada yang longgar dalam mempertahankan prinsip dasar perjuangan Pas itu sendiri.
“Oleh itu, Pemuda adalah sayap sangat penting dan memerlukan kepada seorang ketua yang boleh membawa misi yang sangat besar ini untuk menerajui Pas pada masa depan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini.
Muhammad Khalil yang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas memberitahu, isu umur tidak timbul walaupun Nik Abduh melepasi umur belia memandangkan tiada had umur bagi jawatan Ketua Pemuda Pas.
Berdasarkan sejarah katanya, beberapa individu sebelum ini yang pernah memimpin sayap Pas seperti Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik menjadi Ketua Pemuda Pas ketika umurnya hampir 50 tahun.

No comments:
Post a Comment