MALAYSIAKINI
Selepas hampir empat bulan meengkok di dalam penjara, kesihatan Datuk
Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda-tanda semakin merosot dengan
tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.
Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Anwar kini telah kehilangan
kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara
Sungai Buloh pada Februari lalu.
"Terdapat juga simptom kesan darah pada sampel najis beliau yang
memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat,” katanya di sidang
media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Turut hadir tiga orang anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha (gambar) dan Nurul Hana.
Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, mengenai tekanan
darah bekas timbalan perdana menteri itu, pemeriksaan menunjukkan
kadarnya tidak menentu.
Katanya, ada ketika bacaan tekanan darah Anwar setinggi 163/108 dan ia berlaku walaupun sedang menjalani rawatan perubatan.
Ditanya apakah punca najis Anwar berdarah, Johari berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.
Bahu kanan cedera
"Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin usus Datuk Seri berdarah. Mungkin
disebabkan pemakanan, saya pun tak pasti," katanya kepada pemberita
selepas sidang media.
Selain itu, Johari berkata, kecederaan
pada bahu kanan Ketua Umum PKR itu kini semakin serius sehingga
memerlukan pemeriksaan ujian saringan resonan magnetik (MRI).
Walaupun permintaan Anwar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya
dilengahkan dan tidak diendahkan selama beberapa minggu, namun bekas
ketua pembangkang itu akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada
Selasa depan untuk pemeriksaan, pemerhatian dan rawatan perubatan.
Menyatakan kekesalan atas kelewatan itu, Johari berkata, permintaan
mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu Anwar tidak
diendahkan untuk beberapa minggu.
Sehubungan itu, Johari bersama ahli keluarga Anwar menggesa Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjamin kesihatan Anwar dan
membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu berada di hospital selama
mana diperlukan.
"Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah
pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil
dan saksama," kata Johari lagi.
No comments:
Post a Comment