MALAYSIAKINI
Anggota Parlimen Pakatan Rakyat berpendapat jawatan 'menteri Parlimen'
yang disandang Datuk Seri Shahidan Kassim boleh dikekalkan dengan syarat
kuasanya dikurangkan.
Mengambil contoh Parlimen India, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul
berkata menteri yang mengawal selia hal ehwal Parlimen hanya boleh
bertindak sebagai penyelaras.
Bercakap di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata, tugas itu bagi membolehkan pergerakan berkaitan lancar.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail (kanan) juga berkongsi pandangan sama.
Menurutnya, jawatan itu tidak harus menjadi kesempatan untuk mendominasi.
Shahidan belum mengulas berhubung perkara itu.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin semalam menyuarakan hasratnya
menaik taraf Parlimen, termasuk memansuhkan jawatan menteri yang
menjaga hal ehwal Parlimen.
Ia, katanya bagi menghilangkan tanggapan rakyat bahawa Parlimen dan
speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai badan eksekutif.
Perkara itu turut diluahkan kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir
Mohamad selepas beliau meletakkan jawatan, sebelum berubah fikiran
kemudiannya.
No comments:
Post a Comment