Wednesday, May 20, 2015

Jurucakap portfolio bukan Kabinet Bayangan – DAP

 
Media didakwa telah tersilap melaporkan senarai yang diumumkan Lim Guan Eng itu sebagai Kabinet Bayangan.


IMG-20150520-WA0014



PUTRAJAYA : DAP menafikan pernah membuat Kabinet Bayangan seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Parlimen pada Selasa.

Sebaliknya, pengumuman oleh Guan Eng itu hanyalah pelantikan jurucakap bagi 18 portfolio yang mewakili setiap kementerian.

Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong berkata, media telah tersilap melaporkan senarai yang diumumkan Guan Eng itu sebagai Kabinet Bayangan.

“Kabinet Bayangan memang tidak wujud. Apa yang DAP umumkan semalam adalah jurucakap untuk setiap portfolio bukannya Kabinet Bayangan,” katanya selepas menyerahkan memorandum mengenai Pembekuan Pelantikan Penolong Pendaftar Pengundi Parti Politik kepada wakil Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Sabri Abdullah pada Rabu.

Ahli Parlimen Rasah itu berkata, senarai jurucakap setiap portfolio yang dikeluarkan DAP bagi memudahkan Ahli Parlimen memberi fokus terhadap isu secara lebih khusus.

No comments: