Monday, May 18, 2015

MP: Alasan naik taraf jet tak dapat diterima

MALAYSIAKINI


 


Alasan menaiktaraf jet peribadi terbaru kerajaan yang dilaporkan dibuat bagi membolehkan ruangan untuk bermesyuarat diadakan, tidak dapat diterima, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Beliau berkata pesawat tersebut sudahpun mempunyai ruang bermesyuarat dan dengan itu usaha menaiktaraf itu, yang didakwa bernilai RM28 juta, adalah tidak perlu.

Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Rafizi berkata sebelum ini beliau telah menunjukkan beberapa keping gambar berkaitan jet tersebut sebelum pengubahsuaian dibuat yang mana turut mengandung ruangan untuk bermesyuarat.

"Jadi saya tidak dapat menerima alasan itu.... sekalipun jika kamu berada di kelas bisnes, semua kemudahan di tempat duduk tersebut sudahpun memadai untuk mengadakan mesyuarat," katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan pembelian jet mewah kerajaan dan usaha menaiktarafnya untuk kegunaan VIP kerana ia diperlukan untuk mesyuarat rasmi boleh dijalankan dengan ketua-ketua negara.


No comments: