MALAYSIAKINI
Datuk Husam Musa hari ini mengumumkan untuk mempertahankan jawatan naib
presiden PAS disandangnya sebelum ini, sekaligus menolak pencalonan
untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan, pada pemilihan parti
bulan depan.
Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu berkata beliau mengucapkan
penghargaan kepada ahli dan kawasan yang memberi kepecayaan dan harapan
kepadanya untuk bertanding kedua-dua jawatan tertinggi dalam parti itu.
"Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka, terutama terhadap hala
tuju perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dalam konteks Malaysia bagi
dekad-dekad akan datang.
"Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang
meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan
jawatan naib presiden PAS, yang saya sandang sekarang," katanya dalam
satu kenyataan.
1 comment:
Lawak Giler
http://myfunnyvideo.org/
Post a Comment