Pemain
Pahang, Saiful Nizam Miswan turut membantu melipat bendera negeri
bersaiz gergasi tersebut selepas tamat perlawanan di Kuantan, kelmarin.
AKSI pertembungan Pahang menentang Perak yang
menyaksikan kemenangan 1-0 berpihak kepada Tok Gajah di Stadium Darul
Makmur di sini, kelmarin, namun terselit situasi 'panas' yang berlaku
membabitkan penyokong dan pihak polis dalam stadium.
Difahamkan situasi berlaku sebaik berakhirnya perlawanan apabila Ultras Pahang, Elephant Army (EA) mendakwa hanya tiga orang daripada kumpulan terbabit dibenarkan turun ke trek melipat bendera negeri bersaiz gergasi yang dibawa mereka untuk perlawanan tersebut.
Mendakwa jumlah yang dibenarkan tidak mencukupi, menyebabkan ada segelintir penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat pihak terbabit.
Ia menyebabkan kekecohan berlaku antara penyokong terbabit dan pihak polis selain EA turut mendakwa ada seorang anggota polis bertindak biadab terhadap bendera yang dibawa hingga menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati penyokong.
Selain memuat naik status dan gambar ke laman sosial Facebook milik EA, sebuah video yang dirakam ketika insiden tersebut berlaku turut dimuat naik sehingga menjadi viral di laman sosial sejak semalam.
Selain itu, turut menjadi viral apabila gambar Kapten Tok Gajah, Mohd Razman Roslan bersama rakan sepasukan, Mohd Saiful Nizam Miswan yang kebetulan berada di lokasi tersebut membantu penyokong melipat bendera bersaiz gergasi tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim memberitahu, berdasarkan peraturan yang ditetapkan, penyokong tidak dibenarkan turun ke dalam trek selepas tamat perlawanan kecuali lampu stadium sudah ditutup, namun budi bicara diberikan untuk melipat bendera dengan kawalan pihak keselamatan.
“Sebelum ini, tiada masalah kalau sekadar ingin melipat bendera, namun dengan kawalan keselamatan dengan bilangan penyokong yang munasabah untuk membantu melipat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment