JOHOR BAHARU: Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk
Ramunia, Pengerang dekat sini karam dipukul ombak awal pagi ini di
kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, menurut Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran
Daud berkata, dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, 14 kru kapal
dilaporkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.
Kapal itu sedang menuju ke perairan Pengerang dekat sini apabila
dipukul ombak menyebabkannya terbalik lalu karam, katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
“Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut.
“Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang
kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang,”
katanya.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang oleh
Pasukan Gerakan Marin sedang giat dilakukan membabitkan sebuah kapal,
tiga bot Maritim Malaysia Daerah Tanjung Sedili dan pesawat udara agensi
berkenaan.
No comments:
Post a Comment