Friday, May 8, 2015

Duta minta kami maklumkan sebelum siar berita Malaysia, kata wartawan Tempo

 OLEH ANISAH SHUKRY


Majalah Indonesia Tempo memaparkan artikel gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.Majalah Indonesia Tempo memaparkan artikel gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider,




































Seorang wartawan majalah Indonesia Tempo yang memaparkan artikel gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, berkata duta Malaysia ke Jakarta memberitahu mereka supaya memaklumkan kepada kedutaan terlebih dulu sebelum menyiarkan laporan mengenai Malaysia.

Natalia Santi berkata Datuk Zahrain Mohamed Hashim menyatakan demikian kepadanya ketika pertemuan dua jam pada Rabu berhubung artikel “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri”.

"Beliau berkata pada masa depan, sekiranya Tempo mahu menyiarkan artikel berdasarkan khabar angin, beliau mahu mendapat pengesahan terlebih dulu," kata Natalia kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.


"Beliau berkata, 'kenapa tidak anda membuat pengesahan terlebih dulu artikel itu hanya berdasarkan khabar angin?'

 "Beliau juga memberitahu Pak Najib berasal dari kalangan keluarga kaya, yang datuknya amat kaya di Malaysia selain Pak Najib sudah berada dalam arena politik lama dan tidak sukar untuknya membeli beg dan jam tangan,” katanya.

No comments: