MALAYSIAKINI
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah "menjawab"
13 soalan di dalam blognya semalam, namun Tun Dr Mahathir Mohamad
berpendapat ia langsung tidak menjawab soalan yang dibangkitkannya
sebelum ini.
"Najib (kanan)
tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan
kalah pada pilihan raya," katanya dalam sidang media selepas pelancaran
buku jilid kedua Surat Kepada Pemimpin Dunia di Putrajaya hari ini.
Malah, Mahathir berkata, isu yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes
pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) juga tidak dijawab di dalam blog tersebut.
"Itu (Altantuya) mungkin kes lama tetapi hukuman mati diketahui
sekarang. Sebab itu saya bangkitkannya. Dia cakap tunggu laporan penuh
Laporan Audit, itu bukan jawapan. Sesiapa pun boleh cakap tunggu. Nak
tunggu sampai bila," katanya lagi.
Najib semalam di dalam blognya menulis jawapan kepada 13 persoalan tentang isu-isu kontroversi yang turut mengaitkan dirinya.
Antara jawapan yang ditulis adalah mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1MDB.
Mengaju soalan
Sementara itu, ditanya sama ada beliau masih lagi ingin berdebat
walaupun Najib telah "menjawab" soalan yang ditimbulkannya di dalam
blog, Mahathir berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk lakukan
perkara itu.
Jelasnya, sekiranya perdebatan diadakan, beliau hanya ingin mengajukan soalan kepada Najib untuk dijawab.
"Kalau nak debat boleh, tak ada masalah. Saya cuma nak tanya, kalau nak
jawab, jawablah. Kalau dia (Najib) nak tanya saya apa, saya boleh
jawab," ujarnya.
Blog pro-Umno: FAQ tak jawab isu Rosmah
Sementara itu, penulis blog pro-Umno juga membangkitkan kenapa FAQ khas
Najib tidak menyentuh langsung berhubung “kerenah” Rosmah Mansor,
isterinya.
Shahbudin Husin, penulis empat buah buku anti-Najib, mempertikai jawapan
pemimpin nombor satu negara yang tidak menyentuh dakwaan Rosmah
berlagak seperti perdana menteri yang dibangkitkan Mahathir.
“Satu perkara yang Najib tidak sentuh langsung ialah mengenai kerenah
dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Rosmah Mansor sedangkan ia
bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan
Tun Mahathir juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana
Menteri.
“Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang
mengetahui sebab-sebabnya,” tulis Shahbudin di blognya hari ini.
Beliau juga berkata Najib juga tidak menyentuh isu melemahkan sokongan
pada BN, termasuk susulan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh
baru-baru ini.
“Yang barangkali tidak disedari Najib ialah apakah di sebalik pelbagai
isu yang melanda dirinya, petunjuk makin ketara sokongan kian terhakis,
sokongan boleh terus diberikan atau melanjutkan sokongan bermakna
menambahkan lagi kerosakan yang ada?” kata Shahbudin.
No comments:
Post a Comment