Musa Sheikh Fadzir Musa Sheikh Fadzir
 
 
 
PERMATANG PAUH - Umno dan BN akan teruskan perjuangan di Permatang Pauh, walaupun pengundi di kawasan ini menolak mereka dalam PRK Permatang Pauh, kali ini.

Setiausaha Umno Pulau Pinang dan juga Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, walaupun berasa kecewa atas penolakan rakyat Permatang Pauh, namun dalam perjuangan  tidak boleh kecewa.

"Kita akan teruskan berjuang dan membela nasib rakyat Permatang Pauh, sekaligus menerima keputusan rakyat yang menentukan wakil rakyat mereka.

"Umno dan BN akan memperbaiki apa juga kelemahan dari masa ke masa dengan menjalankan 'post-mortem' kenapa pengundi menolak BN dalam PRK Permatang Pauh, walaupun  jentera BN bekerja kuat sepanjang tempoh berkempen, "katanya, ketika ditemui di Bilik Gerakan BN, di sini, malam ini.