Isnin, 23 Disember 2013
Perkasa perlu nilai semula mengapa Melayu juga tolak mereka, kata Ku Li
Perkasa mesti memikirkan mengapa perjuangan mereka turut ditolak termasuk dari kaum Melayu, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah semasa memberikan ucapan perasmian perhimpunan kumpulan itu di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut bekas menteri kewangan yang dijemput sebagai tetamu kehormat hari ini, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia walaupun mempunyai niat baik.
“Perkasa dianggap ultra, radikal, rasis dan tidak bertanggungjawab oleh setengah masyarakat bukan-melayu dan lebih mendukacitakan diremehkan, atau diperlekehkan oleh masyarakat Melayu yang seharusnya merupakan masyarakat yang dibela oleh Perkasa.
“Lebih parah, Perkasa dilihat sebagai pemecah perpaduan kaum yang selama ini menjadi tunjang kestabilan Malaysia,” kata Razaleigh semasa merasmikan persidangan agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li, walaupun sesetangah pihak memandang Perkasa dengan negatif, masih terdapat yang meletakkan pertubuhan tersebut di kedudukan tinggi.
“Inilah persepsi yang cukup negatif dan mudah-mudahan ianya hanya dari perspektif golongan yang ekstrim, berkepentingan atau bias (berat sebelah).”
Razaleigh turut menasihatkan anggota-anggota Perkasa agar menjaga disiplin dan melihat sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan tidak bertindak mengikut emosi dan sentimen agar pertubuhan itu dihormati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan