Isnin, 23 Disember 2013

Umno yang berkuasa, bukan Perkasa, kata Ahmad Maslan

OLEH YISWAREE PALANSAMY


















Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan (gambar) hari ini membayangkan bahawa parti itu masih memegang kuasa, bukan Perkasa.

“Umno mempunyai rangkaian lebih besar berbanding Perkasa.

“Kami mempunyai 20,000 bahagian yang mereka (Perkasa) tidak ada. Kami mempunyai 191 cawangan dan 3.4 juta ahli sementara Perkasa belum lagi mencapai tahap itu,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Beliau berkata, ada pada masa tertentu, suara Perkasa nampak seperti “lebih meresap” bergantung kepada kepada isu, tetapi Umno masih tetap “bos”.

“Tetapi, itu adalah pendiriannya dan kita (Umno) tidak mahu mempertikaikannya dengan mereka (Perkasa).

“Kita tidak melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang negatif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keusahawanan Melayu Inovatif di Kuala Lumpur, hari ini.

Perkasa hari ini memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Bercakap dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.

“Jika Umno penat, letih dan tidak bertaring, kami daripada Perkasa boleh ambil alih tempat kamu,” kata Ibrahim disambut dengan sorakan hampir 500 perwakilan pertubuhan itu dari seluruh negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur, hari ini.

Tiada ulasan: