Polis
Kuala Lumpur hari ini mengenal pasti empat kumpulan, diketuai Gerakan
Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan
dengan mengadakan himpunan untuk melahirkan rasa tidak puas hati sempena
sambutan tahun baru pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.
Menyifatkan kumpulan itu sebagai "kumpulan NGO yang kecil" sahaja, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan itu.
"Polis mendapat maklumat dan risikan serta laporan polis menunjukkan bahawa satu perhimpunan untuk mengganggu sambutan yang telah diatur akan dibuat oleh kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan gabungan beberapa NGO di Dataran merdeka pada hari tersebut.
"Kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini telah mewar-warkan dalam laman web dan laman sosial dengan memberitahu orang ramai bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara mengadakan perhimpunan itu.
"Mereka juga telah membuat beberapa siri perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang di beberapa lokasi dan negeri dengan cara menghasut orang ramai khususnya anak-anak muda untuk bersama-sama mereka turun menggulingkan kerajaan," katanya pada sidang media pagi ini.
Tanpa menyebutnya secara langsung, Amar dalam power point yang dipaparkan pada sidang medianya turut menyenaraikan NGO Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai tiga lagi kumpulan lain yang terlibat sama.
TURUN telah menafikan dakwaan itu dan memaklumkan perhimpunan mereka sebenarnya bagi mendesak supaya kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhimatan serta kos sara hidup.
Kehadiran dijangka ratusan saja
"Kumpulan ini NGO tak berapa ramai. Sehingga kini tak ada parti-parti politik yang terlibat," kata Amar sambil menambah polis menjangkakan jumlah mereka sekitar ratusan orang sahaja.
Dalam sidang media sama, Amar turut menayangkan gambar beberapa individu yang disyaki akan menggerakkan himpunan itu.
Di antaranya adalah aktivis mahasiswa Adam Adli, Eedikoup Lakip Sediyanto, serta Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan