Ahad, 29 Disember 2013

Jangan takut berhimpun, Juham sedia peguam

Oleh ARIF ATAN

 
KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyeru semua rakyat Malaysia agar tidak bimbang untuk bersoladiriti menyuarakan bantahan terhadap kezaliman Umno-BN pada malam tahun baharu ini.

Pengarahnya, Noorazmir Zakaria berkata, pihak polis harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan tidak tunduk kepada tekanan Umno-BN yang semakin tidak relevan dan telah kehabisan talian hayat.

Menurut beliau, perhimpunan aman tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar luahan hati rak yat yang bakal berdepan pelbagai siri kenaikan harga barangan dan cukai perkhidmatan menjelang tahun 2014.

“Sejarah membuktikan Umno-BN akhirnya akan akur dengan kehendak rakyat seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA

“Tindakan kerajaan itu hasil daripada pengorbanan dan penat lelah tanpa henti daripada rakyat yang bencikan kezaliman,” jelasnya dalam satu kenyataan

Mengulas ura-ura akan berlakunya beberapa siri tang kapan selepas penahanan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar, 23 Disember lalu, beliau berkata, pi haknya mengecam keras tindakan polis menafikan hak rakyat untuk bersuara.

“Lawak jenaka apakah ini apabila mengaitkan tangisan rakyat terhadap kenaikan harga barang dengan gerakan penggulingan kerajaan?

“Juham percaya Umno- BN sudah kehabisan alasan untuk menutup kelemahan mereka sehingga menggunakan alasan bodoh sebegini,” bidasnya.

Sehubungan itu, pihaknya bersedia untuk memberikan khidmat guaman secara percuma sekiranya terdapat sebarang tangkapan serta dakwaan dilakukan sepanjang himpunan aman berkenaan.

Untuk rekod, Azan dibebaskan lewat petang 24 Disember lalu selepas majistret menolak permohonan polis untuk lanjutan reman hasil bantahan Juham melalui barisan peguamnya

Tiada ulasan: