KUALA
LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal alasan bekas Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang
gagal membentangkan Laporan Kewangan Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018
dan 2019.
Menurut Dr Asyraf, yang juga bekas Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Laporan Kewangan TH 2018 wajib dibentangkan tidak lebih
daripada 30 Jun 2019 (6 bulan setelah berakhir tahun kewangan setiap
tahun), bukannya bulan Mac 2020.
“Walaupun
dari segi penyampaian semalam Kekanda (Mujahid) memang hebat bermain
dengan bahasa, tetapi fakta yang jelas gagal dijawab dengan jujur ialah,
mengapa Laporan Kewangan TH 2018 dan 2019 sehingga hari ini tidak
dibentangkan di Parlimen, disahkan Ketua Audit Negara dan tidak
diketahui sama ada diaudit ataupun tidak,” tegasnya dalam satu hantaran
di Facebook.
Tambahnya lagi, kegagalan TH mengemukakan Laporan Tahunan sepanjang
2018 dan 2019 sewaktu PH memerintah jelas melanggar Seksyen 5, 7, 8 and 9
Akta 240 Badan Berkanun (Akaun and Laporan Kewangan) 1980, yang mesti
dibaca bersama Seksyen 26 Akta Tabung Haji.
Malam tadi, menerusi program Berani Semuka anjuran Sinar Harian yang
turut menampilkan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
bagi membincangkan polemik pengurusan TH, Mujahid mendakwa laporan
kewangan telah siap dan akan dibentangkan pada Mac tahun ini tetapi
tidak dapat dilaksanakan kerana pertukaran kerajaan. – UMNO ONLINE
AMPANG – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk
Dr Ibrahim Ali melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan penerima
biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) luar negara bagi Zon Utara yang
tular di media sosial sejak semalam.
Lebih malang kata Ibrahim apabila pelajar Melayu merupakan kaum
paling sedikit menerima tajaan pendidikan ke luar negara itu iaitu
seramai 12 orang sahaja berbanding pelajar Cina 50 orang dan India 18
orang.
“Saya terkilan dengan satu tular keluar mendakwa biasiswa JPA
untuk Zon Utara yang diberi kepada semua kaum tetapi jumlahnya
Bumiputera lebih kecil daripada Cina, malah kalau dicampur penerima Cina
dan India, kaum Bumiputera masih kurang.
“Biasiswa JPA ini dari segi Perlembagaannya adalah hak keistimewaan
orang Melayu. Dulu diberi 10 peratus kepada bukan Bumiputera, tiada
siapa bangkit atas ihsan, atas murah hati kerajaan dan orang Melayu
kepada kaum lain.
“Tapi zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, sudah meningkat, zaman Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat jadi (50-50).
“(Tapi) Sekarang ini sudah jadi kurang daripada 50 peratus,” katanya
pada sidang media di Rumah Bakti Dato’ Harun, Ulu Klang, di sini, hari
ini. Borang
pendaftaran pelajar program khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2019
bagi Zon Utara (Pulau Pinang) dipercayai di bawah Jabatan Perkhidmaan
Awam (JPA) yang tular di media sosial, sejak semalam.
Beliau merujuk kepada sekeping borang pendaftaran pelajar program
khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2019 bagi Zon Utara (Pulau
Pinang) dipercayai di bawah JPA yang tular di media sosial, sejak
semalam.
Borang JPA bertarikh 9 Mei 2019 turut menyenaraikan 80 pelajar yang terpilih untuk mendapat tajaan pendidikan kerajaan itu.
Ibrahim juga menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang
mengejutkan dan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang
menjamin hak keistimewaan orang Melayu.
“Walaupun Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka tidak boleh melanggar Perlembagaan hak istimewa orang Melayu,” katanya.
Ibrahim turut mendesak Majlis Raja-Raja Melayu agar mencampuri
perkara itu susulan ia meminggir dan menafikan hak keistimewaan orang
Melayu.
“Saya minta Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan, saya minta perkara
ini dikaji balik dan saya minta semua orang Melayu bangkit menentang
keputusan ini, kalau ia betul,” katanya.
Katanya lagi, jika keputusan penerima biasiswa yang tular itu palsu,
pihak yang bertanggungjawab perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai
perkara terbabit.
“Kalau tidak, minta JPA buat penafian di atas apa yang disebarkan ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Presiden
penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali
bercakap pada sidang media khas di Rumah Bakti Dato Harun, Ulu Klang,
Selangor. foto AFFAN FAUZI
AMPANG – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Dr
Ibrahim Ali melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan penerima
biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) luar negara bagi Zon Utara yang
tular di media sosial sejak semalam.
Lebih malang kata Ibrahim apabila pelajar Melayu merupakan kaum
paling sedikit menerima tajaan pendidikan ke luar negara itu iaitu
seramai 12 orang sahaja berbanding pelajar Cina 50 orang dan India 18
orang.
“Saya terkilan dengan satu tular keluar mendakwa biasiswa JPA untuk
Zon Utara yang diberi kepada semua kaum tetapi jumlahnya Bumiputera
lebih kecil daripada Cina, malah kalau dicampur penerima Cina dan India,
kaum Bumiputera masih kurang.
“Biasiswa JPA ini dari segi Perlembagaannya adalah hak keistimewaan
orang Melayu. Dulu diberi 10 peratus kepada bukan Bumiputera, tiada
siapa bangkit atas ihsan, atas murah hati kerajaan dan orang Melayu
kepada kaum lain.
“Tapi zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, sudah meningkat, zaman Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat jadi (50-50).
“(Tapi) Sekarang ini sudah jadi kurang daripada 50 peratus,” katanya
pada sidang media di Rumah Bakti Dato’ Harun, Ulu Klang, di sini, hari
ini. Borang
pendaftaran pelajar program khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2019
bagi Zon Utara (Pulau Pinang) dipercayai di bawah Jabatan Perkhidmaan Awam (JPA) yang tular di media sosial, sejak semalam.
Beliau merujuk kepada sekeping borang pendaftaran pelajar program
khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman 2019 bagi Zon Utara (Pulau
Pinang) dipercayai di bawah JPA yang tular di media sosial, sejak
semalam.
Borang JPA bertarikh 9 Mei 2019 turut menyenaraikan 80 pelajar yang terpilih untuk mendapat tajaan pendidikan kerajaan itu.
Ibrahim juga menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang
mengejutkan dan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang
menjamin hak keistimewaan orang Melayu.
“Walaupun Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka tidak boleh melanggar Perlembagaan hak istimewa orang Melayu,” katanya.
Ibrahim turut mendesak Majlis Raja-Raja Melayu agar mencampuri
perkara itu susulan ia meminggir dan menafikan hak keistimewaan orang
Melayu.
“Saya minta Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan, saya minta perkara
ini dikaji balik dan saya minta semua orang Melayu bangkit menentang
keputusan ini, kalau ia betul,” katanya.
Katanya lagi, jika keputusan penerima biasiswa yang tular itu palsu,
pihak yang bertanggungjawab perlu mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai
perkara terbabit.
“Kalau tidak, minta JPA buat penafian di atas apa yang disebarkan ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pembubaran tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia
(PDRM) semalam, dikatakan berpunca dari tekanan pihak tertentu dan
berkepentingan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka
Dr. Ibrahim Ali mendakwa, keberkesan fungsi tiga pasukan khas itu
membanteras jenayah keganasan seperti gangsterism, pengedaran dadah,
perjudian dan maksiat yang berleluasa menyebabkan ia memberi ancaman
kepada dalang aktiviti beroperasi.
Maka, kata beliau, pihak tertentu merasakan elok Pasukan Tindakan
Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas
Jenayah Terancang (STAFOC) DAN Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik
(STING) dibubarkan.
Katanya, sebelum ini Ordinan Darurat (EO) yang merupakan
undang-undang yang mampu mendepani aktiviti maksiat dan jenayah telah
dimansuhkan, menyebabkan ia semakin berleluasa.
“Kita tahu aktiviti ini menjana dana berbilion ringgit melalui
aktiviti haram ‘underworld’ ini, dan ia merupakan lombong emas dari segi
perniagaan kepada dalang terbabit.
“Ini yang menyebabkan Malaysia menjadi negara sasaran kemasukan
secara haram pelacur dari seluruh dunia dengan jumlah tidak terhitung
ramainya.
“Ianya diurus oleh sindiket yang terancang dan tidak dapat dinafikan
rasuah juga berleluasa akibat kegiatan haram jadah ini,” katanya
mengulas pembubaran STAGG, STAFOC dan STING.
Dr. Ibrahim turut mengingatkan kerajaan bahawa pembubaran Pusat
Tahanan di Simpang Renggam (sebelum ini di Pulau Jerejak) telah
menyaksikan pembebasan King Pins yang dilihat bebas mengembangkan
perniagaan dengan lebih berluasa.
Tanpa disedari kata beliau, dana besar haram itu telah masuk pasaran
bersaing dengan dana sah dan halal serta ‘money spinning’ bagi mereka
yang tidak mempedulikan soal moral, akhlak dan menyalahi undang-undang.
“SEBAB itulah unit STAFOC, STAGG dan STING ditubuhkan. Ia untuk
menampungkan ruang kosong kesan dari pemansuhan undang-undang berkenaan.
“Dengan terbubarnya unit ini, perniagaan yang merosakkan masyarakat
akan berkembang dan golongan haram ini pasti berpesta dengan kegiatan
mereka,” ujarnya.
Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara patut
mempertahankan unit berkenaan daripada dibubarkan, bukan sekadar memberi
alasan mudah.
“Sekilas ikan dalam air, sudah tahu jantan betinanya,” katanya.
Katanya, apakah kerajaan sudah lupa pengalaman memansuhkan Akta Dalam Negeri (ISA) dan EO, walaupun dibantah polis.
Cadangan itu, kata beliau, hanya untuk menambahbaik, bukan memansuhkan.
“Saya masih ingat ketika seorang diri sebagai wakil bebas di Dewan
Rakyat, bercakap dan berhujah mempertahankan ISA agar tidak dimansuhkan
walaupun saya dua kali ditahan di bawah ISA demi keselamatan rakyat dan
negara.
“Kerajaan menerima tekanan kuat pembangkang ketika itu (DAP-PKR) dan
badan-badan hak asasi.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada waktu itu
mahu mencari populariti menjelang PRU 13 dan akhirnya memansuhkan ISA.
“Selepas ISA dimansuhkan dapat dilihat bagaimana puak tertentu
semakin ganas menghina Islam, Melayu dan Raja-Raja dengan pelbagai cara.
Polis pula sudah hilang instrumen untuk bertindak dengan berkesan bagi
menangani isu seperti penghinaan terhadap Rasullulah SAW dan banyak
lagi,” katanya.
Katanya, apabila keselamatan mula tergugat akibat tindakan ganas
penjenayah yang dibiayai dalang terbabit, Kerajaan gubal undang-undang
SOSMA dan menguatkuasakan Akta POCA.
“Maka PDRM menubuhkan unit tertentu bagi mendepani ancaman secara
tegas dan berkesan.
Akhirnya ia menjadi halangan dan ancaman kepada
penjenayah terancang ini.
“Jadi, apakah sebenarnya matlamat dan rasional serta mesej yang
hendak ditonjolkan kepada rakyat atas pemansuhan undang-undang
pencegahan dan pembubaran unit elit pengkuatkuasaan yang terbukti
berkesan ini?” sola beliau.
Sehubungan itu, beliau menuntut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
memberi penjelasan kepada rakyat, jika jenayah meningkat siapa akan
dipersalahkan. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
mempersoalkan apa motif Kementerian Industri Utama menganjurkan program
dalam bahasa Mandarin.
Serentak itu, Ketua Penerangannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
menggesa menterinya, Teresa Kok memberi penjelasan kenapa program
Pensijilan Skim Nasional anjuran Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia
(MPOCC) pada Sabtu depan tidak diadakan dalam bahasa Melayu atau Bahasa
Kebangsaan seperti kebiasaan.
“Perkasa terkejut dan tidak berpuas hati penganjuran program bersama
Menteri Teresa Kok esok memfokuskan penyertaannya kepada pengamal bahasa
Mandarin sahaja.
“Apakah penganjur lupa atau celaru program yang mereka akan
laksanakan itu bertempat di Malaysia, bukan di Negara China?” soal
beliau menerusi kenyataan kepada media hari ini. Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Dalam jemputan yang diedarkan oleh MPOCC itu tertera jemputan Program
MSPO bersama YB Menteri – Kementerian Industri Utama di Setiawan dan
Teluk Intan, Perak. Mandarin Language.
Majlis itu akan diadakan pada 27 April.
Kata Nasrul Ali, tindakan penganjur itu seperti ada cubaan untuk
mengubah norma bahasa yang telah diguna pakai kerajaan selama ini.
Jelas beliau, tindakan penganjur itu bukan sahaja mencabar mereka
yang mendukung bahasa rasmi Persekutuan, tetapi cubaan merosakkan usaha
menyatupadukan rakyat negara ini dengan penggunaan satu bahasa secara
bersama.
“Ini juga dilihat mencalarkan dan tidak menunjukkan sifat identiti
negara, yang mana penganjur seharusnya berbangga mengetengahkan budaya
dan bahasa ibunda ke persada antarabangsa.
“Pada pendapat peribadi saya, kini kita sudah berada di era milenia,
jika program tersebut dikelola atau dikendalikan oleh penceramah
antarabangsa sekalipun, kenapa tidak program itu dibuat dalam bahasa
Inggeris (bahasa universal) sepertimana biasa dilakukan kerajaan sebelum
ini.
“Tindakan ini akan terus meniup api kemarahan kepada segmen majoriti
di Malaysia yang sudah sedia ada rasa tercabar dengan pelbagai isu
perkauman dan penghinaan agama oleh sesetengah kelompok,” tegasnya.
Oleh itu, katanya, Perkasa menggesa penganjur jika tiada sebab
munasabah bagi menggunakan bahasa Mandarin dalam program tersebut
menarik balik kenyataan dalam surat jemputannya.
Kata beliau, Perkasa tidak berniat untuk menghalang penggunaan mana-mana bahasa lain di Malaysia kerana ia adalah hak peribadi.
“Namun program seperti ini yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan
bidang usaha tani yang diceburi kaum majoriti perlu menjadi contoh dalam
memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan negara,” katanya
– MalaysiaGazette
Faktor anak tempatan dan rekod cemerlang sebagai wakil rakyat selama
tiga penggal lalu menjadi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN),
Datuk Seri Mohamad Hasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Rantau.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim
Ali berkata beliau menyokong Mohamad Hasan dalam PRK 13 April depan
sebagai kenalan lama yang amat dihormati.
“Beliau dikenali sebagai seorang yang berhemah, mempunyai watak
Melayu sejati dalam dirinya.
Beliau antara pemimpin UMNO yang banyak
menyokong Perkasa sejak awal penubuhan pada 2008, terutama Perkasa
Negeri Sembilan.
“PRK ini hanya kesinambungan kepada khidmat beliau. Kalau semasa
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tahun lalu berlaku pertandingan, saya
yakin beliau menang. Beliau ada rekod yang baik dan merupakan anak
tempatan,” katanya kepada media dalam Program Minum Petang Perkasa di
Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan pada Rabu.
Walaubagaimanapun, Ibrahim Ali berkata PERKASA masih belum mengambil
keputusan untuk menyokong mana-mana pihak dalam PRK tersebut.
Katanya lagi, Mohamad Hasan yang juga bekas menteri besar Negeri
Sembilan tidak boleh memandang remeh calon PH, S. Streram dan perlu
bekerja gigih.
“Keadaan sudah berubah, dulu beliau calon parti kerajaan, sekarang parti pembangkang. Jauh bezanya.
“Beliau kena bergantung kepada hubungan dengan rakyat yang terjalin
semasa tiga penggal menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar,” katanya.
Foo Sing Wai (muka dibulatkan) dibebaskan dengan jaminan polis, semalam
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
kecewa apabila lelaki yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad
menerusi akaun Facebook baru-baru ini, telah dibebaskan dengan jaminan
polis semalam
Tindakan membebaskan Foo Sing Wai tanpa sebarang pendakwaan
disifatkan sebagai satu lagi penghinaan terhadap orang Islam di negara
ini.
Jelas Naib Wira Perkasa, Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah,
bagaimana seseorang yang secara biadab dan kurang ajar menghina Nabi
Muhammad boleh dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan.
“Sedangkan, perbuatan keji dan biadab Foo Sing Wai itu telah menghina
serta menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya dalam kenyataan kepada
media di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia
Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad dilaporkan berkata, warga
emas berusia 68 tahun itu dibebaskan pada jam 11 pagi.
Suspek ditahan pada 19 Februari lalu di rumahnya di Mentakab, Pahang,
sebelum direman tiga hari untuk membantu siasatan kes menghina Nabi
Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, melalui Facebook.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan
agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau
permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan
pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau
perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
Justeru, Syed Mohd Shahriman menggesa polis meneruskan pendakwaan
dengan kadar segera dan wajib ke atas lelaki itu bagi memulihkan rasa
marah umat Islam.
Ia juga katanya, sebagai pengajaran kepada orang ramai agar tidak
menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik sebarang bentuk
provokasi yang menyentuh dan mengguris sensitiviti agama serta
perkauman. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
menggesa kerajaan mengkaji semula dasar baharu subsidi haji dengan
mengenakan caj penuh kepada mereka yang berjaya dalam rayuan pertama
kerana ia akan membebankan bakal haji.
Naib Presidennya, Dr Amini Amir Abdullah berkata, peningkatan caj
bayaran sebanyak RM12,920 bererti tiada lagi subsidi haji kepada mereka
yang berjaya dalam rayuan pertama untuk menunaikan haji.
“Perkasa juga difahamkan caj penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900 berbanding caj lama yang hanya berjumlah RM9,880.
“Ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berlaku kepada kerajaan terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khamis lalu, pentadbir akaun Facebook Lembaga Tabung Haji (TH)
berkata, subsidi haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang terpilih
bagi tahun semasa yang menunaikan haji buat kali pertama secara
Muassasah.
Bagi pengiring atau yang merayu dan berjaya, ini bermakna mereka
pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak
mendapat subsidi haji.
Bagaimanapun Mujahid dalam satu sidang media berkata, kerajaan
memberi jaminan jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji muassasah TH
yang menunaikan haji kali pertama akan kekal pada RM9,980.
Jelasnya, meskipun berdepan pelbagai cabaran, TH berusaha menanggung
subsidi lebih RM306 juta susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak
RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji lalu.
Amini Amir berkata, TH digesa memberi keutamaan dan mempertimbangkan
rayuan menunaikan haji diberikan kepada mereka yang memerlukan dan dalam
keadaan darurat.
“Perkasa juga menggesa agar kerajaan Malaysia berbincang secara
berhemah dengan kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota haji jemaah
Malaysia.
“Amalan terdahulu di mana jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji
Muassasah TH yang menunaikan haji kali pertama pada RM9,980 sepatutnya
dikekalkan dan tidak diusik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Gagal atasi penghinaan terhadap Perkara 153 jurus kepada ketegangan kaum
BANGI
– Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa mewujudkan akta dinamakan Akta
Menghina Islam dan Raja-Raja Melayu, supaya tindakan dapat diambil
terhadap individu yang biadab dan mengganggu gugat keharmonian negara
dan masyarakat.
Gesaan itu dibuat Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan bimbang sekiranya penghinaan
terhadap agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu akan mengganggu gugat
Perkara 153 yang menjadi Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Penerangan Perkasa, Nasrul Ali
Hasan Abdul Latif berkata, sekiranya perkara berkenaan tidak ditangani,
nescaya ia akan menjurus kepada ketegangan, pertelingkahan dan
pergaduhan di antara kaum.
“Perkasa sedar dengan keadaan semasa,
pihak polis amat rumit untuk bertindak dan mengambil tindakan ke atas
golongan yang biadab dan kurang ajar ini kerana undang-undang sedia ada
tidak mencukupi.
“Namun, Perkasa berharap agar isu ini
tidak ‘disejukbekukan’ dan terserah kepada pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ia tidak berulang lagi,”
katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan lain, Perkasa menggesa
tindakan tegas diambil ke atas pengguna Facebook menggunakan nama akaun
‘Desmond Yongkor’ yang didakwa memuat naik gambar bersama kenyataan
menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Menyifatkan tindakan bekenaan sebagai
provokasi mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu yang mana Ketua Agama
Islam di negara ini, Nasrul berkata, Desmond kelihatan sengaja membuat
poster berkenaan dengan niat yang bersifat menghina Islam dan Raja-Raja
Melayu.
“Ini bukanlah kali pertama Desmond membuat poster penghinaan sebegini.
“Sebelum ini, dia pernah dibebaskan
daripada tuduhan mahkamah atas kesalahan yang sama dengan mudah iaitu
hanya dengan alasan dia kehilangan telefon bimbitnya dan digodam oleh
orang yang tak bertanggungjawab dengan memuat naik ke laman Facebooknya
dengan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam,” katanya.
Pada masa sama, Nasrul memaklumkan laporan polis telah dibuat Perkasa berhubung penyiaran poster berkenaan.
SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), mendesak semua pihak
berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan tuduh menuduh dalam isu
terbaharu Tabung Haji (TH) memandangkan ia sekadar menambah polemik.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu perlu dilaksanakan segara untuk penambahbaikkan dan demi masa depan TH.
Menurutnya, Perkasa juga bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden
Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
segera ditubuhkan bagi menyiasat skandal TH.
“Tanpa mengambil kira siapa yang mencadang penubuhan RCI ini atau dari
parti politik mana, asalkan jika cadangan itu baik adalah wajar semua
pihak memberi sokongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ibrahim berkata, Perkasa turut berdukacita kerana cadangan penubuhan RCI bagi isu 1MDB sehingga kini tidak menjadi kenyataan.
“Sebelum PRU 14, parti-parti pembangkang waktu itu turut mendesak
penubuhan RCI dan kini sudah menjadi Kerajaan PH tapi senyap sunyi
sehingga sekarang. Apa sudah jadi..?
“Dan sekarang, TH pula menjadi isu. Segerakan penubuhan RCI kerana isu TH ini besar dan kesannya menjadi lebih buruk,” katanya.
Terdahulu, Ibrahim memberitahu, nama baik TH yang selama ini mendapat
pujian daripada seluruh dunia kerana kecemerlangannya dalam menguruskan
hal berkaitan haji dan umrah kini telah tercemar dan keyakinan
pendeposit terhadap institusi itu merosot.
“Melayu Islam turut malu tidak kira dari PH atau BN dan Pas. Semua umat
Melayu Islam malu, saya juga amat malu. Semua yang bertanggungjawab
mahu menegakkan benang basah. Masing-masing mendakwa merekalah yang
benar.
“Sehingga ke saat ini sukar dibuat kesimpulan siapa yg benar dan siapa
yang salah. Semua membuat kenyataan umum tanpa maklumat terperinci dari
semua sudut.
Nizam ZainPresiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berucap pada
Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ
RAZALI
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini
mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula kuota Menteri
yang diberikan kepada kaum India bukan daripada parti komponen kerajaan
itu.
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu
dilakukan kerana pemimpin India yang diangkat sebagai Menteri Kabinet
pada masa ini didakwa telah menjejaskan imej negara di mata dunia.
“Lebih baik Waytha Moorthy ini digugurkan daripada Kabinet dan saya
mendesak dikaji kembali kuota kaum hindu dalam Kabinet yang empat orang
Menteri dan satu timbalan.
“Boleh lantik (pemimpin India) daripada parti-parti PH, tapi cukuplah
jumlah menteri itu malah jauh daripada cukup dengan kedudukan
masyarakat India tujuh peratus di Malaysia ini,” katanya ketika ditemui
di luar pekarangan Hotel Regency, di sini, hari ini.
Terdahulu Ibrahim berucap di hadapan lebih 100 ahli Perkasa dalam
Himpunan Jihad Perkasa sempena Mesyuarat Agung Tahunan badan bukan
kerajaan (NGO) itu di Jalan Raja Alang, di sini.
Perhimpunan hampir 30 minit itu mendapat perhatian pihak polis yang
turut kelihatan mengawal keadaan agar tidak tercetus suasana tegang dan
menjejaskan keharmonian antara kaum di negara ini. Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berucap pada
Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ
RAZALI,
Himpunan Jihad Perkasa itu bagi menolak hasrat kerajaan sebelum ini
yang disuarakan oleh Waytha Moorthy untuk meratifikasi Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut
mengingatkan Perkasa agar perhimpunan itu dilakukan mengikut
undang-undang dan mengelakkan ketengangan hubungan antara kaum di negara
ini.
Ibrahim juga mendesak kerajaan agar mengekalkan Akta Hasutan 1948
bagi memastikan tindakan biadap seperti pemimpin Hindraf itu tidak
berulang dan dilakukan secara berleluasa.
“Kita tengok apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan,
banyak pihak berani menggunakan media sosial dengan nama samaran untuk
mencaci dan menghina Islam serta Rasulullah.
“Tapi kalau ada ISA semua perkara ini boleh diambil tindakan. Kalau
guna nama samaran, polis tidak boleh bertindak menangkap, menahan atau
mendakwa mereka di mahkamah sebab di mahkamah mereka perlu bukit yang
cukup.
“Kalau ada ISA macam dulu, orang-orang macam ini (Waytha Moorthy)
boleh diambil atau disimpan untuk pencegahan tapi instrumen ini sudah
tiada. Maka sebab itu Akta Hasutan mesti dikekalkan,” katanya. Diantara peserta yang hadir pada Himpunan Jihad PERKASA di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI
Katanya lagi, Perkasa akan mencabar tindakan kerajaan di mahkamah
berhubung usaha memansuhkan Akta Hasutan 1948 yang kini dikenakan
tindakan moratorium.
“Saya difahamkan Akta Hasutan ini sudah dikenakan moratarium ataupun
digantung. Peguam kita sedang mengkaji dan saya minta mereka menulis
surat kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara bertanya sama ada
laporan kami di bawah akta ini sudah diambil tindakan atau sebaliknya.
“Kalau mereka menjawab Akta Hasutan sudah digantung, Perkasa akan
mencabar di mahkamah sebab untuk menggantung Akta Hasutan mesti mendapat
perkenan Majlis Raja-Raja.
“Bererti kalau Akta ini digantung, tindakan itu tidak sah di sisi
undang-undang. Kita akan tengok cabaran baharu di mahkamah. Selepas ini
kita akan ke mahkamah dan kita akan mengambil tindakan-tindakan yang
wajar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang memperkenalkan
slogan 1Malaysia menyebabkan Melayu berada dalam keadaan ketara
cemasnya.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh, sebaik slogan
itu diperkenalkan kira-kira 15 tahun lalu, ia seperti memberi lesen
besar kepada bukan Bumiputera untuk meletakkan hak dan kedudukan mereka
sama rata dengan Bumiputera.
“Jawapan saya ini berikutan pertanyaan sebuah media mengenai
kedudukan kaum Melayu ketika ini, dan dukacita dinyatakan bahawa kaum
Melayu berada dalam keadaan cemas – ketara cemasnya sejak sekitar 15
tahun lalu.
“Slogan 1Malaysia kerajaan BN seolah satu lesen besar kepada bukan
Bumiputra dan sejak itu juga banyak suara sumbang dikeluarkan
menyebabkan Bumiputra menjadi cemas,” katanya dalam kenyataan kepada
media di sini, hari ini.
Beliau berkata, sejak lebih 60,000 tahun lalu orang Melayu berada di
bumi ini sehinggalah bersetuju melalui Kontrak Sosial untuk tinggal
bersama kaum bukan Bumiputra dan kejutan Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan manifestasi cemasnya kaum Bumiputra.
Keadaan cemas itu, katanya, kian meningkat sehingga ke mutakhir ini,
padahal sebelum ini perkara yang termaktub dalam Wasiat Raja-Raja
Melayu, Kontrak Sosial dan Perlembagaan Negara tidak ditimbulkan atau
diganggu gugat oleh bukan Melayu dan pribumi.
Beliau menjelaskan, perkara tunggak yang termaktub dalam Perlembagaan
seperti Institusi Raja-Raja Melayu, Islam agama Persekutuan dan hak
istimewa kaum Melayu tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana
pihak.
Namun, kata Sijaruddin, apa yang Perkasa perhatikan sejak 15 tahun kebelakangan ini terdapat pihak yang mencabar perkara itu.
“Ada pihak memperolok dan menghina Institusi Raja, agama Islam,
bendera dan lagu Negara Ku. Ada juga yang mempersoalkan hak istimewa
Melayu, bahasa Melayu hingga ada yang betul biadab mengatakan Melayu
kaum pendatang.
“Semua ini hanya menghidupkan api kebencian dan kemarahan orang
Bumiputera kepada kaum bukan Melayu. Apa yang mengecewakan, tiadanya
tindakan tegas diambil ke atas puak yang buta sejarah dan Perlembagaan
ini.
“Oleh itu, sebelum api dalam sekam ini menjadi besar, Perkasa
mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis dan badan berkuasa yang
lain bertindak tegas dan keras ke atas unsur yang membangkitkan perkara
sensitif ini. Kita tidak mahu Peristiwa 13 Mei berulang lagi,” tegasnya.
Menurut Sirajuddin, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan
dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), perasaan cemas itu
kian meningkat dan perubahan serta kajian semula beberapa institusi
kerajaan, sama ada benar atau khabar angin yang tular di media sosial
nampak lebih cenderung kepada tidak menguntungkan kaum Bumiputera.
Jelas beliau, pemansuhan Biro Tata Negara (BTN), Pusat Latihan
Khidmat Negara (PLKN), kajian semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) dan khabar mengenai rombakan Majlis Amanah Rakyat Malaysia
(MARA) adalah beberapa contoh.
“Keadaan dicemaskan lagi dengan pengisian sebilangan jawatan Kabinet
dan jawatan penting kerajaan seperti Menteri Ekonomi, Ketua Hakim,
Peguam Negara oleh kaum bukan Bumiputera.
“Ketua Hindraf juga dilantik ke Kabinet. Tambah mencemaskan lagi
tularnya berita menteri DAP mengatakan “Melayu kaum pendatang”, hak
milik tanah 999 tahun untuk kaum bukan Bumiputera dan beberapa lagi.
“Ditambah pula dengan tuntutan puak bukan Bumiputera yang tidak boleh
diterima oleh kaum Bumiputera seperti desakan pengiktirafan UEC,
pemberian lebih 4,000 kewarganegaraan kepada kaum India dan kehadiran
sami hindu di Parlimen baru-baru ini juga turut menaikkan kemarahan kaum
Bumiputera,” ujarnya.
Katanya lagi, di atas perasaan cemas yang menggugat perpaduan
nasional itu, Perkasa mendesak sangat-sangat agar kerajaan PH membuat
dasar dan program khas untuk kaum Bumiputera supaya tidak merasa milik
mereka ke atas bumi ini tidak tercabar. – MalaysiaGazette
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membuka pintu kepada Ahli
Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai parti itu.
Presiden penajanya, Datuk Ibrahim Ali, berkata parti PUTRA yang
diasaskannya adalah sesuai dengan selera pemimpin veteran UMNO itu.
“Siapa yang tak suka politik wang, mari sertai kami. Kalau Tengku Razaleigh tak nak politik wang boleh sertai PUTRA.
“Dulu masa Ku Li bertanding Presiden UMNO (beliau) kalah sebab dia
mahu bersihkan UMNO daripada politik wang. Sekarang dia boleh sertai
PUTRA,” katanya.
Ibrahim berkata demikian pada sidang media penubuhan parti baharu iti di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada Jumaat.
Ditanya mengenai keahlian parti itu, Ibrahim berkata PUTRA tidak
mengutamakan soal bilangan ahli, sebaliknya lebih mengutamakan kualiti
ahlinya.
Beliau berkata, UMNO mempunyai lebih tiga juta ahli dan ia sesuatu yang membanggakan.
Namun, jumlah undi yang diterima UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu jauh lebih rendah berbanding ahlinya.
“Ramai dalam kalangan ahli UMNO bertemu dengan saya menimbulkan rasa
gelisah dan bertanya, tidak adakah sebuah parti baharu yang kami boleh
memberi perhatian dan sertainya,” katanya.
KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa
pihaknya akan membuat kajian komprehensif sebelum mengiktiraf Sijil
Peperiksaan Bersepadu (UEC) tetap tidak diterima oleh Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa).
Malah, menurut Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh,
pertubuhan itu menuntut supaya kerajaan dengan tegas menolak terus UEC
tanpa syarat dan dolak dalik.
“Kami tetap menolak UEC untuk digunakan bagi permohonan masuk ke universiti awam dan menjawat jawatan kerajaan.
“Ia jelas mencabul dan mencairkan semangat Perjanjian Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa
penghantar,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Sirajuddin, isu UEC telah berlarutan sekian lama dan
menimbulkan kemarahan rakyat yang cintakan perpaduan dan perdamaian.
Justeru, katanya, kenyataan Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan
Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Mohd Zai Mustafa yang menuntut
menteri menolak UEC dalam tempoh tujuh hari hendaklah dipandang serius.
Ujarnya, kerajaan harus mengelak bantahan rakyat besar-besaran ke atas UEC yang didokong Persatuan Sekolah Cina Dong Zong.
“Masanya sudah tiba untuk kerajaan tidak membuang masa mengendali isu
ini, lalu menolak sepenuhnya UEC dan menimbangkan pengharaman Dong
Zong, iaitu punca kepada masalah ini.
“Perlu diketahui, UEC berkiblatkan kurikulum negara China dari Taiwan dan tidak menggunakan kurikulum kebangsaan.
“Mereka menggunakan bahasa Mandarin sepenuhnya dalam pengajaran,
pembelajaran dan Peperiksaan UEC. Tiada unsur Malaysia langsung,”
tegasnya.
Sirajuddin berkata, jika kerajaan mengiktiraf UEC bermakna leburlah
wawasan rakyat Malaysia yang ingin melihat warga negara ini mendapat
pendidikan dari kurikulum kebangsaan dan peperiksaan awam kendalian
Kementerian Pendidikan.
“Maka terpinggirlah Dasar Pelajaran Kebangsaan, Akta 550 yang
memperinci mengenai fungsi kurikulum dan peperiksaan di bawah
Kementerian Pendidikan.
“Di manakah letaknya Perkara 152 yang menekankan Bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan yang mesti digunakan untuk sebarang urusan
rasmi termasuk pendidikan. Tidakkah pengikhtirafan UEC ini melanggar
Akta 550 dan Perlembagaan Persekutuan?
“Apakah kerajaan lupa selama ini pendidikan kebangsaanlah yang
mengikat hubungan baik antara kaum di negara kita. Adakah kita mahu
melihat satu hari nanti orang Melayu dengan sekolah kebangsaan, orang
Cina dengan sekolah Cina dan orang India dengan sekolah Tamil? Orang
Iban dan Kadazan juga dengan sekolah dan sijil tersendiri. Akan
hancurlah perpaduan nasional,” katanya.
Katanya, pengiktirafan UEC akan memberi mudarat besar kepada negara
yang akan menghancurkan sistem pendidikan kebangsaan yang dibina dan
dibangunkan selama ini.
Pengikthirafan UEC juga, ujar beliau, akan meminggirkan sekolah
kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dengan anak-anak Cina tidak
lagi dihantar ke sekolah kebangsaan serta sekolah menengah kebangsaan.
Sehubungan itu, beliau menyatakan rasa kecewa Perkasa dengan
kenyataan Dr Maszlee dan dengan rasa penuh tanggungjawab membantah
sekeras-kerasnya pengikthirafan UEC dalam apa jua bentuk sekali pun.
“PERKASA dalam apa keadaan sekalipun tetap memperjuangkan agama,
bangsa dan tanah air yang berpaksikan kepada Perkara 152 dan Perkara 153
Perlembagaan.
“Di manakah pemimpin Melayu yang mendakwa sebagai pejuang agama,
bangsa dan negara? Segala kemahuan orang Cina diturut dan dilaksanakan
walaupun bertentangan dengan Peraturan dan undang-undang?” soal beliau. –
MalaysiaGazette
Pertubuhan pendesak Melayu PERKASA memberi amaran keras terhadap pihak yang dilihat mengancam institusi diraja.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim) PERKASA, Amini Abdullah,
melalui kenyataan hari ini mendakwa terdapat pihak yang menggesa agar
sistem monarki dan digantikan dengan pemerintahan republik.
Amaran itu dibuat selepas pemimpin pusat Parti Peribumi Bersatu
(BERSATU) Datuk A Kadir Jasin mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan
Agong melalui tulisan di blognya yang menyentuh soal pelantikan Tommy
Thomas sebagai peguam negara.
"PERKASA percaya bahawa senario ini dicetuskan bertujuan untuk
menggugat kredibiliti dan kewibawaan institusi Raja Raja Melayu ekoran
kontroversi pelantikan Peguam Negara yang baharu iaitu Tommy Thomas.
"PERKASA berpandangan penularan perbelanjaan peribadi dan pengurusan
Yang di-Pertuan Agong dan gesaan-gesaan agar dihapuskan sistem monarki
dan cadangan diperkenalkan pemerintahan berrepublik adalah satu tindakan
kurang ajar, biadap, tidak bertatasusila dan tidak menunjukkan
ketaatsetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong dan sistem demokrasi
berparlimen," kata Amini.
Amini turut mempersoalkan sama ada pendedahan dan gesaan itu mempunyai motif jahat.
"Adakah kerajaan Pakatan Harapan ingin mengajak rakyat untuk memerangi Yang Di-Pertuan Agong dan institusi Raja-raja Melayu?
"Permainan politik ala Mafia ini telah menyebabkan ramai bukan Melayu
yang telah berani secara terbuka mengkritik Agong dan Raja-raja Melayu
terutamanya dalam media sosial dan mengeluarkan perkataan yang tidak
sopan ke atas Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu," katanya.
Justeru, tambah Amini, PERKASA memberikan amaran kepada semua pihak
agar menjaga adab dan tetap setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu.
Dalam tulisan Kadir itu juga, Kadir menyatakan bahawa Raja-Raja
Melayu perlu yakin bahawa kedudukan mereka tidak akan terjejas dengan
pelantikan Tommy Thomas.
"Mengapa tidak? Ia dijamin oleh perlembagaan, diberikan kemewahan dan
malah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) cium tangan mereka,” tulisnya.
Kadir turut mendakwa sejak Januari 2017 sehingga April 2018, sejumlah
RM256.9 juta diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong antaranya
adalah untuk kemudahan, kediaman dan istana, barangan peribadi,
pengangkutan, pengiring, lawatan luar negara, gaji kakitangan istana dan
pakaian serta barangan upacara.
Sementara itu, PERKASA menegaskan bahawa pihaknya akan bertindak
agresif terhadap pihak yang mengganggu Yang di-Pertuan Agong dan
institusi Raja-Raja Melayu.
"PERKASA akan tegak berdiri sehidup semati bersama Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan institusi raja raja Melayu.
"PERKASA menggesa agar semua orang Melayu bangkit menyatakan sokongan
serta taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Di-Pertuan Agong
serta institusi Raja Raja Melayu. Jangan ganggu Yang di-Pertuan Agong
dan institusi Raja-raja Melayu. Langkah mayat kami dahulu," katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang tidak mengulas lanjut perkara
itu sebelum ini berkata beliau belum membaca artikel yang ditulis Kadir,
namun memberi jaminan kerajaan akan meneliti perkara itu.
Ketua Umum PKR pula berkata tidak seharusnya mengeluarkan dakwaan
terhadap Majlis Raja-Raja Melayu tanpa diberi peluang untuk penjelasan.
Berdasarkan maklumat perbendaharaan negara, kerajaan hanya memperuntukkan RM13.5 juta setahun kepada Yang di-Pertuan Agong.
KUALA LUMPUR – Menteri Pelajaran yang baharu, Dr. Maszlee Malik perlu
memberi perhatian kepada beberapa perkara termasuk merombak semula
kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) dan mendaulatkan Bahasa Melayu supaya
digunakan dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ketika mengemukakan
cadangan itu, turut meminta menteri berkenaan mengkaji semula falsafah
pendidikan agar benar-benar membimbing mereka, diasuh dan dididik
mengikut tahap keupayaan serta keperluan semasa.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Sirajuddin Salleh, sudah sampai
masanya Kementerian Pelajaran diperkasakan dalam mengharungi isu
pendidikan yang tidak pernah reda sebelum ini.
“Kita ucapkan tahniah atas pelantikannya. Kita yakin dia dapat
merealisasikan aspirasi nasional yang ditunggu-tunggu oleh segenap
lapisan masyarakat,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari
ini.
Menurut Sirajuddin yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa, Dr
Maszlee perlu merombak semula struktur pendidikan sebelum ini di
kementerian itu dengan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang
lengkap serta standard di semua SK dan Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK).
“Contohnya, akses ke sekolah seperti jalan berturap dan kemudahan
elektrik serta bekalan air bersih, dan kebanyakan SK dan SMK pula masih
tidak mempunyai dewan dan kemudahan sukan yang lengkap.
“Beliau juga perlu memperkasakan SK dan SMK dengan membekalkan tenaga
pengajar dan staf sokongan yang mencukupi, memandangkan majoriti anak
Melayu mendapat pendidikan awal di situ.
“Kekurangan tenaga pengajar yang terlatih akan menghasilkan murid
yang tidak seimbang dari segi intelek, emosi, rohani, jasmani dan
sosial,” katanya.
Kata beliau, SK adalah sebuah institusi pendidikan yang paling awal
bagi murid mendapat pendidikan secara formal, oleh itu, kurikulumnya
mestilah sesuatu yang sesuai dan mampu menarik murid daripada semua
bangsa untuk belajar.
Sirajuddin turut mencadangkan kementerian itu memperkasakan institusi
pendidikan Islam seperti sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selaras
dengan peruntukan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.
“Perkasa percaya Dr Maszlee sedar Kementerian Pelajaran sekarang
sedang dilanda isu-isu yang perlu ditangani segera seperti Sijil
Peperiksaan Bersepadu (UEC) iaitu sijil yang dianugerah kepada murid
mendapat pendidikan di sekolah menengah Cina, yang tidak menggunakan
kurikulum kebangsaan.
“Pengajaran dan pembelajaran adalah sepenuhnya dalam bahasa Cina.
Kementerian tidak sepatutnya mengiktiraf UEC untuk digunakan dalam
mana-mana urusan kemasukan ke universiti, kolej atau tujuan lantikan
perjawatan kerajaan.
“Mengiktiraf UEC adalah melanggar Akta Pendidikan 550 yang hanya
mengiktiraf pendidikan yang berteraskan kurikulum kebangsaan,” tegasnya.
– MalaysiaGazette
Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan selaku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden PERKASA Datuk Ruhanie
Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat pertubuhan itu, hari ini.
Menurut Ruhanie, Ibrahim meletakkan jawatan kerana kecewa orang
Melayu tidak menghargai perjuanganya terhadap konsep agama, bangsa dan
tanah air (alif ba ta).
Ruhanie yang kini memangku jawatan presiden PERKASA turut menolak peletakan itu ingin melobi jawatan politik.
“No way, bukan melobi jawatan. (Peletakan jawatan) ini
(kerana) kekecewaan dia (Ibrahim), orang Melayu tak hargai perjuangan
alif ba ta,” katanya.
Timbalan Presiden Perkasa, Sirajuddin Salleh berkata,
Ibrahim Ali akan diminta meletak jawatan atau beliau sendiri akan
melepaskan jawatan jika bertanding untuk parti lain.
Sirajuddin
Salleh berkata, Perkasa bersikap berkecuali dengan tidak memihak kepada
mana-mana parti politik yang bertanding pada PRU14.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini
mengekalkan Datuk Ibrahim Ali sebagai presidennya kerana bertanding
sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Pasir Mas dan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Tendong, Kelantan.
“Kalau dia bertanding untuk parti lain, Perkasa akan menyuruhnya
meletak jawatan atau beliau sendiri akan meletakkan jawatan,” kata
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh pada sidang media di
ibu pejabat Perkasa, hari ini.
Ibrahim pernah memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas pada 1986 atas tiket Umno dan 1990 atas tiket Semangat 46.
Bagaimanapun, beliau kalah di kerusi itu ketika bertanding sebagai calon bebas pada 1995, 1999 dan 2004 di kerusi tiu.
Pada 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS.
Pada 2013, Ibrahim bertanding sebagai calon bebas dan tewas kepada
calon PAS, Nik Mohamad Abduh yang juga anak bekas menteri besar
Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan majoriti 8,047 undi.
Mengulas lanjut, Sirajuddin berkata, selain Ibrahim, 2 lagi ahli
Perkasa juga akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Meranti dah
Pengkalan Pasir.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama 2 ahli itu.
Katanya, Perkasa mahu Ibrahim memainkan peranan sebagai pejuang
agama, bangsa dan tanah air dengan lebih lantang dan berkesan di
Parlimen dan DUN itu.
Namun, katanya, Perkasa bersikap berkecuali dengan tidak memihak
kepada mana-mana parti politik yang bertanding pada pilihan raya umum
ke-14 (PRU14).
“Semua pimpinan dan ahli-ahli Perkasa seluruh negara boleh membuat pilihan masing-masing ketika mengundi nanti.
“Bagaimanapun, ahli Dewan Tertinggi Perkasa menyarankan agar pilihan
yang akan dilakukan ahli-ahli Perkasa pada PRU14 nanti perlulah memilih
pihak yang difikirkan lebih baik dan mampu membela dan memperkasakan
Islam dan Bumiputera.”
Foto Syakirin Daud@Watan-Online
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr. Ibrahim Ali
hari ini mengumumkan untuk sekali lagi bertanding sebagai calon bebas di
Parlimen Pasir Mas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong.
Beliau berkata keputusan untuk bertanding itu dibuat setelah
melihatkan kepada senario politik di Kelantan yang didakwa mampu
memberikan kelebihan kepada beliau untuk menang.
“Saya buat keputusan untuk bertanding kerana saya lihat peluang untuk
menang sangat cerah.
“Walaupun BN dan PAS sama kuat di Kelantan, tetapi
saya tidak melihat BN boleh menang di Pasir Mas kerana majoriti
penduduk menyokong PAS. Namun saya difahamkan berlaku isu dalaman
tentang calon PAS manakala PKR pula masih kelam kabut untuk putuskan
calon.
“Jadi saya berpeluang untuk menang berdasarkan rekod perkhidmatan dan
hubungan baik saya dengan warga setempat kerana penduduk Pasir Mas
memilih berdasarkan ‘personal touch’,” katanya dalam satu sidang media
khas di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur pada Selasa.
Ibrahim dalam satu sidang media sebelum ini berkata beliau yakin
untuk menang sekiranya bertanding di Pasir Mas tetapi berharap untuk
bertanding atas tiket mana-mana parti. Foto Syakirin Daud@Watan-Online
Namun ketika ditanya mengenai alasan bertanding sekali lagi sebagai
calon bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini, beliau mengaku lebih
selesa kerana tidak terikat.
“Saya menganggap bertanding ini sebagai kesinambungan perjuangan saya
dan saya selesa begini kerana tidak perlu terikat dengan mana-mana
parti. “Walaubagaimanapun jika saya menang, saya akan menyokong
mana-mana parti yang selaras dengan kepentingan agama, bangsa dan negara
dan akan menyerang yang bertentangan dengan perjuangan ini.
“Antara sebab lain saya ambil keputusan untuk bertanding juga ialah
untuk membawa visi ini,” katanya. Untuk rekod, Ibrahim pernah bertanding
sebanyak empat kali di Parlimen Pasir Mas sebagai calon bebas iaitu
pada tahun 1995, 1999, 2004 dan 2013.
Pada PRU-13, beliau tewas kepada calon PAS Nik Mohamad Abduh ketika bertanding di kawasan yang sama.
KUALA LUMPUR – Tuduhan konon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) tidak berperlembagaan yang dibuat oleh pemimpin veteran UMNO,
Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengundang rasa tidak puas hati
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Pertubuhan NGO Melayu itu menyifatkan kenyataan Ku Li boleh
menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Jakim selaku organisasi utama
yang memajukan Islam dan pengurusan hal ehwal Islam dalam negara ini.
Menurut Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (Bihalim) Perkasa, Dr. Amini
Amir Abdullah, Jakim berperanan penting dalam memelihara dan melindungi
Islam sesuai dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
menetapkan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dan peranan untuk
menjaga status itu terletak juga di Jabatan Perdana Menteri.
“Di samping itu, Jakim diberi tanggungjawab untuk menyelaraskan
perkara penting di antara agensi kerajaan yang berbeza fungsi dan
peranan melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(MKI) dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
“Antara tugas penyelarasan Jakim ialah dalam konteks perundangan dan
kehakiman, pendidikan dan urus tadbir Islam,” katanya dalam kenyataan
kepada media di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ku Li seperti dilaporkan sebuah portal yang
menyatakan eksploitasi politik ke atas Islam biasanya dilakukan
pemimpin yang tiada asas agama dan ia termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad
yang menubuhkan Jakim, iaitu sebuah jabatan khas di bawah kerajaan
pusat.
Katanya, Jakim yang tidak berperlembagaan adalah hasil cubaan UMNO untuk menjadi lebih Islam daripada saingan utamanya, Pas.
Menurut Dr. Amini Amir, Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, Perkara 1
(4), Perkara 12 (2), Perkara 121 (1A) dan ikrar Yang di-Pertuan Agong
di bawah Perkara 37 (1) memanifestasikan bahawa kerajaan mempunyai kuasa
mutlak untuk menubuh, mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana
institusi berkaitan Islam.
Katanya, perkara itu tidak boleh dipertikaikan dan Mesyuarat Jemaah
Menteri telah bersetuju menaik taraf Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS),
Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Jabatan berkuatkuasa 1 Januari
1997 dengan nama Jakim.
“Jadi penubuhan Jakim berpunca dari Mesyuarat Jemaah Menteri dan Parlimen Malaysia. Kenapakah ia dianggap tidak berperlembagaan?
“Sayugia Perkasa ingin mengingatkan tuduhan JAKIM tidak
berperlembagaan adalah penggulangan tohmahan yang dilakukan oleh
Kumpulan 25 atau G25.
“Ku Li seharusnya cermat dan teliti dalam tindakan serta ucapannya
apabila mengkritik dan membuat tuduhan kepada pihak Jakim. Ini kerana,
Ku Li dikenali sebagai tokoh berhemah dan istiqamah,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Tertinggi Perkasa memberitahu, Ku Li
sepatutnya menimbulkan perkara itu sejak dari dahulu lagi, tetapi kenapa
baru sekarang ditimbulkan.
“Biro Hal Ehwal Islam Perkasa terpaksa menzahirkan pendirian dan
pendapat ini kerana apa saja hal yang berkaitan Islam mutakhir ini
dipolimik begitu mudah dan “take thing for granted” bila buat komen dan
media sosial pula suka beri tajuk yang sensasi,” katanya. –
MalaysiaGazette