Isnin, 30 Disember 2013

Rafizi: Emel palsu dibawa ke Dewan Rakyat

Ainudin Othman

rafizi_PC_PKRHQ


PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan membawa isu penyebaran berita palsu yang mengaitkannya dengan plot menanam bom setiap kali persidangan Dewan Rakyat.

Rafizi hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog pro-Umno yang bertanggungjawab menyebar berita dan email palsu untuk mewujudkan suasana huru-hara.

Laporan dibuat terhadap blog The Unspinners, The Flying Kick, bidaman.blogspot.com dan badutrakyat.blogspot.com di balai polis Tropicana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Saya akan pastikan kes ini dibawa ke Dewan Rakyat setiap kali ada persidangan sehinggalah keempat-empat blogger Umno ini disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

“Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di belakang email palsu dan blogger yang menyebarkan berita dan email palsu tersebut, jelas mereka (polis) hanya menjadi alat kepada Umno bagi tujuan politik,” tegasnya.

Laporan polis dibuat Rafizi terhadap blogger pro-Umno di balai polis Tropicana
Laporan polis dibuat Rafizi terhadap blogger pro-Umno di balai polis Tropicana

Tambahnya, propaganda mengenai plot menggulingkan kerajaan ini hanyalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian dari pelbagai kegagalan BN setakat ini.

“Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember.

“Rencana di blog-blog itu yang memaparkan email palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terlibat di dalam plot menanam bom tersebut,” kata Rafizi.

“Ia taktik lama untuk menutup kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, pembelian kondominium mahal RM110 juta oleh anak Datin Seri Rosmah Mansor, pelaksanaan GST dan kenaikan tol,”katanya.

Tiada ulasan: