Nampaknya kepimpinan tertinggi Cuepacs
telah berwajah baru yang mana sekarang ini dikemudi oleh Presiden
Cuepacs yang baru, Azih Muda.
Melihatkan kalangan kakitangan seperti
anda, anda di sini bukan hanya dialami kumpulan pelaksana sebaliknya
penjawat awam lain yang bergaji kurang RM3,000 sebulan, terutama di
bandar yang terpaksa berhadapan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup,
Cuepacs telah bersiap sedia membela kebajikan kalangan kakitangan awam di Malaysia.
Pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) pada 2015 akan meningkatkan pendapatan negara,
Cuepacs merasakan ia boleh digunakan untuk menambahbaik skim gaji
penjawat awam.
Tuntutan Cuepacs : Semakan Gaji Kakitangan Awam
- meningkatkan pendapatan penjawat awam kepada RM4,000 sebulan dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.
- meningkatkan gaji penjawat awam termasuk kumpulan pelaksana II, seperti pembantu am dan pemandu itu akan menjadi agenda utama kesatuan berkenaan dengan syarat kelayakan ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau diploma.
- Penjawat awam kumpulan pelaksana dengan gaji sekitar RM1,200 termasuk elaun kakitangan awam tidak dapat menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Mungkin pada pandangan Berita Semasa
elaun kakitangan awam perlu diberikan perhatian supaya elaun penjawat
awam naik menikut aliran semara ekonomi dan juga diharapkan perbetulkan
tangga gaji kakitangan awam yang berkhidmat lama kerana gaji mereka
dengan yang berkhidmat bawa mereka satu tahun lebih tinggi, di mana
tiada sinoriti.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa tetap
menyokong apa sahaja usaha yang memenangkan rakyat dan dalam pada masa
yang sama pihak kerajaan dengan kerjasama NGO harus mencari jalan
penyelesaian bagi mengekang kenaikan harga barang dan kos sara hidup di
Malaysia. Apa kata kalangan kakitangan awam pula?
P/S : Sebenarnya kenaikan harga barang
& lonjakan kos sara hidup di Malaysia inilah yang menjadi punca
rakyat hidup susah biarpun gaji dinaikkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan