Ahad, 29 Disember 2013

Wartawan Perlu Berani Tanya Soalan - Steven Gan

GERAMM rakyatnews
 
Alif Mustapha 
 
 
KUALA LUMPUR - Wartawan harus berani mengajukan soalan ketika membuat liputan media walaupun ia melibatkan individu kenamaan termasuklah pemimpin tertinggi negara.
 
Pengasas bersama portal pro pembangkang Malaysiakini, Steven Gan berkata, editor dalam organisasi media perlu memainkan peranan dengan memberi penekanan kepada wartawan supaya bersikap berani.
 
"Beritahu mereka, kerja awak adalah bertanyakan soalan sukar. Mungkin ini akan memalukan, atau wartawan lain akan memandang pelik kepada anda tetapi saya rasa sebagai wartawan yang bagus adalah berani bertanyakan soalan.
 
"Apa yang penting adalah kita mengajar ahli politik supaya tidak kira kita mewakili media mana, mereka perlu  menjawab soalan, tidak boleh alih isu (tidak menjawab soalan) hanya kerana kita dari Harakah atau Suara Keadilan," katanya kepada Rakyat News selepas menghadiri ‘Forum Bebaskan Media’ di Dewan Perhimpunan Cina (KLCAH) di sini malam tadi.
 
stevan gan rakyatnews
 
Forum anjuran Gerakan Media Marah (GERAMM) itu turut menampilkan panelis antaranya V Anbalagan (The Malaysia Insider), G Vinod (Free Malaysia Today), Ronasina (Penerbit bebas), Masjaliza Hamzah (Pusat Kewartawanan Bebas / CIJ) dan Hata Wahari (Reporters Without Borders / RSF) manakala Zakiyah Koya selaku moderator.
 
Dalam masa sama GERAMM turut menyatakan tuntutannya kepada tiga fokus utama bagi mendukung hak kebebasan media di negara ini. Tuntutan tersebut merujuk kepada pihak kerajaan, parti-parti politik dan semua organisasi media serta wartawan.[ARTIKEL DI SINI]

Tiada ulasan: