Isnin, 30 Disember 2013

OPS Gasak: ESSCOM Tahan 20 Individu Tiada Dokumen Pengenalan Diri

 MSTAR ONLINE
 
 
KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam melancarkan Ops GASAK 2 di Pulau Kalapuan, perairan Semporna yang menyaksikan 20 individu termasuk enam wanita dan lima kanak-kanak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 50 tahun ditahan pada operasi yang bermulaseawal pukul 3.30 pagi berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai sembilan lelaki dewasa, enam wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pun pengenalan diri yang sah dan telah ditahan pemeriksaan lanjut oleh pihak Jabatan Imigresen.

"Pulau Kalapuan didiami penduduk seramai 665 orang, termasuk 149 lelaki, 235 wanita, 135 orang kanak-kanak lelaki dan 126 orang kanak-kanak perempuan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Mohammad berkata Ops GASAK 2 merupakan susulan kepada Ops GASAK 1 yangdilancarkan pada 24 Nov lepas melibatkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, PulauMataking, Pulau Mabul dan Kapalai.

Beliau berkata OP GASAK 2 antara lain bertujuan untuk pencegahan danpembersihan kawasan dari penceroboh dan penjenayah termasuk aktiviti dadahdengan modus operandi tertumpu kepada pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Mohammad berkata sebanyak 90 rumah diperiksa dalam operasi bersepadu yangdilaksanakan membabitkan pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasukPolis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) AgensiPenguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen, Jabatan PendaftaranNegara dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah.

Beliau berkata operasi seumpama itu akan diteruskan di kawasan pulau yangmempunyai penempatan dan kawasan penempatan lain (selain dari Pulau).

Sehubungan itu, Mohammad memohon kerjasama penduduk di kawasan terbabitsupaya melaporkan kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) atau mereka yang dalamkeadaan meragukan.

Mohammad turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadapmereka yang memberi perlindungan kepada PATI khususnya yang menyewakan rumahkepada mereka. - BERNAMA

Tiada ulasan: