Apabila pengarang mingguan Katolik, The Herald, Father Lawrence Andrew mengatakan gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah, ramai pihak yang marah dan geram dengan kenyataan itu. Penegasan itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak prihatin mengenai sentimen orang Islam Selangor mengenai hal itu.
Luahan kegeraman ini termasuklah oleh Umno Selangor yang menyuarakan menerusi Setiausahanya, Johan Abdul Aziz yang menganggap kenyataan Andrew itu biadab kerana tidak menghromati titah Sultan Selangor.
Sebelum ini Sultan Selangor dengan kuasa yang ada kepadanya terhadap seluruh jajahan takluk Selangor memberi amaran atau melarang agar kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang Kristian di negeri itu.
Larangan Sultan itu dilihat sebagai tidak mempedulikan kepada
perlembagaan negara serta hubungan Selangor dalam persekutuan Malaysia
dan merasakan Sultan berkuasa sepenuh-penuhnya ke atas hal ehwal agama.
Atas realiti itu kalau pun Andrew tidak menghormati kata-kata sultan.
Kenyetaan Andrew itu kata Johan ia juga bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada orang Islam) 1988, yang diluluskan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor.
Dakwa Johan enakmen itu terpakai kepada semua orang bukan Islam dan harus berhati-hati.

Sebagai menunjukkan kepedulian tinggi Umno kepada perkembangan agama
Islam, Johan memberi kata dua kepada Jais (jabatan Agama Islam Selangor)
agar bertindak sekiranya pihak Kristian tidak mempedulikan nasihat
Sultan itu.
Kata Johan Umno jika tidak Umno akan mengenakan tindakan lanjut kepada
Kristian. Apakah bentuk tindakan itu? Kalau setakat melaungkan amaran,
rasanya tidak payahlah buat buang air liur sahaja. Sebelum ini sudah
berguni amaran demi amaran dikeluarkan tetapi habuk pun tidak ada. Pihak
tertentu tidak menghiraukan kerana mereka lihat amaran sebegitu hanya
permainan politik semata.
Sebagai orang Islam yang menerima pakai enakmen itu menjadi hak Johan atau sesiapa jua untuk mempertahankan enakemen BN itu dan menyelar tindakan Andrew. Tetapi Johan juga disamping asyik memberi peringatan dan nasihat, beliau juga perlu faham akan hak dan kebenaran mengikut Perlembagaan yang dibenarkan sehingga membolehkan Andrew berani membuat kenyatan itu. Andrew bukan berkata-kata atas emosi tetapi tentulah atas fahaman akademik dan undang-undang.
Begitu juga dengan sultan Selangor itu seharus memahami akan peruntukan dalam Perlembagaan yang dijadikan alasan atau benteng mempertahankan tindakannya oleh Andrew dalam mempertahankan kepentingan agamanya.
Kata Andrew, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. Berdasarkan peruntukan itu maka beliau membuat ketegasan itu tanpa merasa takut kepada amaran Sultan. Mungkin beliau mengambil faham, pengurusan itu tanpa mengira di mana-mana sahaja ia boleh dilakukan di seluruh tanah Persekutuan?
Jelas beliau, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain. Kenyataan Andrew itu benar-benar berani dan yakin dengan pendangan prinsip undang-undang.
Apakah ada cadangan berhubung perkara ini dalam perhimpunan agung Umno lalu? Apakah dengan kemasukan para ulamak 'mujtahid' di dalam Umno menerusi lantikan ahli MT, tidak boleh memikirkan hal ini? Kehadiran mereka dalam Umno harus mewujudkan sesuatu yang signifiken baru ia membawa erti dan bermanfaat. Kalau perlantikan mereka hanya menjadi reket untuk smash kenyataan pembangkang tidak guna setengah sen pun.

Saya melihat isu ini akan berterusan dan menjadi polemik oleh kedua
pihak (gereja dan orang Islam Selangor), khasnya dan amnya di antara
Kristian dengan orang Islam seluruhnya. Ia tidak akan selesai dan tuntas
selagi berlaku ketidak-selarian (selaras) dari bidang kuasa di antara
Persekutuan dengan negeri-negeri.
Ketiga pihak, umat Islam Selangor, Sultan dan Umno ada alasan tersendiri
dalam hal ini. Dan begitu juga dengan Andrew. Di sini apa yang dapat
dilihat berlaku pertindihan kuasa atau peraturan dari sudut
perlembagaan. Walaupun Sultan mempunyai kuasa mutlak mengenai agama
Islam di Selangor tetapi baginda tidak boleh menafikan kebebasan
beragama yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Selangor adalah salah sebuah
negeri yang terikat dengan semangat Federalisme.
Dalam hal ini sesiapa tidak boleh bersikap buta terhadap undang-undang dan peraturan. Jalan penyelesaian ialah dengan menyelaraskan perkara ini, baru ia tidak akan jadi 'bertindih bertindan'. Misalnya Umno yang menjadi tunggak kepada kekuasaan negara ini boleh mengemukakan pindaan perlembagaan untuk menjelaskan dan memperluaskan bidang kuas berhubung agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah Allah yang jadi kontroversi itu.
Hasrat ini boleh dibantu oleh Majlis Raja-Raja agar ia menjadi kenyataan. Majlis Raja-Raja boleh memberi cadangan kepada perdana menteri untuk melakukan pindaan demi menjaga, mengawal kesucian agama Islam yang dianggap telah tercemar dengan penggunaan kalimah Allah itu. Tidak ada guna tindakan hanya sekadar memberi kenyataan, amaran itu dan ini tetapi kuasa atau 'tali' utamanya tidak terbuang dalam perlembagaan.
Dalam hal ini sesiapa tidak boleh bersikap buta terhadap undang-undang dan peraturan. Jalan penyelesaian ialah dengan menyelaraskan perkara ini, baru ia tidak akan jadi 'bertindih bertindan'. Misalnya Umno yang menjadi tunggak kepada kekuasaan negara ini boleh mengemukakan pindaan perlembagaan untuk menjelaskan dan memperluaskan bidang kuas berhubung agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah Allah yang jadi kontroversi itu.
Hasrat ini boleh dibantu oleh Majlis Raja-Raja agar ia menjadi kenyataan. Majlis Raja-Raja boleh memberi cadangan kepada perdana menteri untuk melakukan pindaan demi menjaga, mengawal kesucian agama Islam yang dianggap telah tercemar dengan penggunaan kalimah Allah itu. Tidak ada guna tindakan hanya sekadar memberi kenyataan, amaran itu dan ini tetapi kuasa atau 'tali' utamanya tidak terbuang dalam perlembagaan.
Apakah ada cadangan berhubung perkara ini dalam perhimpunan agung Umno lalu? Apakah dengan kemasukan para ulamak 'mujtahid' di dalam Umno menerusi lantikan ahli MT, tidak boleh memikirkan hal ini? Kehadiran mereka dalam Umno harus mewujudkan sesuatu yang signifiken baru ia membawa erti dan bermanfaat. Kalau perlantikan mereka hanya menjadi reket untuk smash kenyataan pembangkang tidak guna setengah sen pun.
Tidak ada guna kedua pihak, khususnya pihak orang Islam di Selangor
membuat larangan dan memberi amaran kepada gereja Kristian sedangkan
mereka ada 'tali' atau pun senjata menjadikan mereka berhak untuk
mengembangkan agama mereka. Putuskan dulu tali harapan itu baru dapat
menyelesaikan masalah yang menjadi bertele-tele kini.
Sekiranya ada mana-mana pihak gereja dikenakan tindakan, atau larangan penggunaan itu dalam premis mereka sudah pasti ia akan berakhir di mahkamah. Pihak Kristian akan membawa ke mahkamah untuk mendapat penentuan dan keadilan. Mahkamah pula dalam membuat keputusan mestilah berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan negara. Sistem 'dual mahkamah' Syariah dan Sivil tidak banyak memberi keuntungan kepada Islam.
Dalam zaman sistem raja berpelembagaan yang diamalkan kini, mana-mana Raja tidak ada kuasa mutlak dan kekebalan lagi kerana tindakan mereka boleh dibawah ke mahkamah. Pindaan Perlembagaan membabitkan imuniti Raja-raja dibuat Mahathir telah memecat kuasa raja. Kalau tidak percaya umat Islam Selangor atau Umno Selangor dengan berpandukan kepada titah Sultan itu boleh membuat percubaan dengan membawa perkara ini ke mahkamah tentang apa-apa larangan penggunaan kalimah Allah itu. Cubalah.

Hari ini apa juga masalah perlu diselesaikan dengan fakta bukannya dengan laung suara tinggi.
Enakmen diluluskan semasa Barisan nasional (BN) memerintah Selangor itu
turut melarang bukan Islam di negeri ini menggunakan 35 perkataan Arab
termasuk ALLAH, Nabi, Injil dan Insya-ALLAH.
“Enakmen ini terpakai kepada semua, mereka perlu faham dan berhati-hati buat kenyataan. Mereka bukan dia tidak tahu dan ini melampau,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Andrew berhubung gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.
Andrew berkata, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

Menurutnya, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.
14 November lalu, Sultan Sharafuddin bertitah penggunaan kalimah ALLAH dalam bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta.
Johan berkata, Umno Selangor mendesak Jais bertindak tegas dalam perkara ini kerana kenyataan itu didakwa mencabar enakmen tersebut.
Menurutnya, pihaknya mendesak paderi tersebut menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu.
Katanya, sekiranya paderi tersebut gagal mematuhi desakan itu, Umno Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.
“Kita desak paderi tarik balik kenyataan ini dan minta maaf terbuka dalam tempoh seminggu ini.
“Tindakan yang kita ambil bergantung pada paderi sendiri dan sekiranya senyap maka kita akan gerakkan 22 Umno bahagian di negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut.
“Kita tinggal di negeri ini berbilang kaum dan agama, jangan cetuskan sebarang perkara yang menggugat sensitiviti.
“Sultan Selangor j uga merupakan Ketua Agama Negeri Selangor, maka semua pihak perlu menghormati perkara itu,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan