Jumaat, 27 Disember 2013

PR bukan dalang himpunan TURUN

Oleh : NORHAYATI UMOR


PETALING JAYA : Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) bukan didalangi oleh Pakatan Rakyat (PR) seperti yang didakwa sesetengah pihak yang akan diadakan, pada 31 Disember ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, sebaliknya himpunan itu tidak langsung dibincangkan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada mesyuarat terakhir minggu lalu.

Rafizi SAM

Katanya, beliau juga tidak melihat perhimpunan itu adalah satu program politik yang disifatkan pihak tertentu.

“Saya tidak fikir ia menjadi masalah jika rakyat mahu sambut tahun baru dan pada masa sama tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang.

“Mereka wajar membantah kenaikan itu kerana isu terbabit ketika ini menjadi isu nombor satu di negara kita,” katanya dalam sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Rafizi berkata, sudah menjadi lumrah rakyat berhak menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan kerajaan yang terus memberi tekanan.

“Kalau rakyat mahu sertai sambutan tahun baru dan menggunakan kesemmpatan yang ada untuk bantah kenaikan, itu hak mereka.

“Kalau betul ketika itu nanti ada tindakan mereka yang melanggari undang-undang, ambil tindakan yang sebenar jangan tangkap sebab politik,” katanya.

Semalam, pemimpin TURUN, Azan Safar berkata, himpunan itu akan diteruskan sebagai tanda kempen ’2014 tahun sengsara rakyat’ di Dataran Merdeka, pada 31 Disember ini.

Azfar dibebaskan polis selepas 20 jam ditahan ekoran tuduhan ‘serkap jarang’ kerana didakwa terbabit dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.-NFN-

Tiada ulasan: