Ahad, 29 Disember 2013

SMS hasutan untuk huru hara keadaan


Awang Saribu


SUNGAI BESAR ( SELANGOR ) : Orang ramai di sini kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan ,sempena dengan perhimpunan malam 31 Disember depan dengan menghantar pesanan ringkas melalui telefon mengajak kalangan muda membuat huru hara atau rusuhan.

Seorang penerima yang enggan namanya disiarkan memberitahu, beliau menerima pesanan ringkas petang tadi dari telefon bernombor 017-3047518 berbunyi : Wajib hukumnya anak muda yang cool utk berhimpun dan merusuh di Dataran Merdeka malam tahun baru untuk gulingkan kerajaan sial ini. AFDAL LAGI SAHIH. Kita pogo polis dengan kayu !!.

Katanya , beliau pecaya pesanan ringkas tersebut dihantar oleh pihak tertentu secara pukal , bertujuan supaya penerima menyebarkan pula kepada rakan-rakan lain.

“ Penghantarnya beranggapan kalangan anak muda sekarang , terutama yang tinggal di luar bandar  mudah diperdaya dan  buta dengan maklumat semasa . Padahal kami juga dengan mudah mendapat maklumat terkini melalui internet .

“ Janganlah cuba mengeruhkan keadaan dan membuat fitnah kepada pihak penganjur perhimpunan yang akan berhimpun secara aman pada malam 31 Disember nanti, “ katanya kesal.

Katanya, beliau percaya banyak lagi pesanan ringkas melalui tetefon seumpamanya akan dihantar oleh pihak –pihak tidak bertanggungjawab menjelang 31 Disember 2013 dan berharap ianya diabaikan sahaja atau membuat laporan polis.

“ Janganlah dianggap kalangan muda yang tinggal di luar bandar bodoh belaka serta mudah diperdaya dengan fitnah dan hasutan jahat. Kerana kami juga dapat menerima maklumat melalui internet serta tidak lagi bergantung semata-mata kepada siaran media cetak atau siaran TV , “ ujarnya lagi.

Tiada ulasan: