Sabtu, 28 Disember 2013

'Protes Pensil Merah' wartawan Sabtu depan

 


 
 
 
Kempen sekumpulan wartawan yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menggantung penerbitan The Heat maju setapak lagi apabila mereka akan mengadakan sebuah perhimpunan bantahan pada 4 Januari ini.

fathi aris omar free the media forum 2Jurucakap Gerakan Media Marah (GERAMM), perkumpulan longgar wartawan, Fathi Aris Omar (kanan) semalam mengumumkan protes itu akan diadakan pada Sabtu depan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

"Pada 4 Januari nanti kita akan anjur satu protes yang kita namakan protes Pensel Merah.

"Anda dapatkan pencil dari penganjur kita (GERAMM) patahkan sebagai simbolik siri pencabulan ke atas wartawan dan organisasi media,"katanya.

Fathi mengumumkan langkah itu semasa menutup tirai forum membincangkan isu The Heat dan kebebasan media bertemakan di ibu negara malam tadi, yang disertai wakil portal-portal berita utama.

Kata Fathi Aris, protes itu simboliknya bukan sahaja tentang The Heat tetapi juga perkara yang mencabar dunia kewartawanan termasuk keganasan terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 sebelum ini.

malaysiakini journalists in free the media forumKetua editor Malaysiakini itu juga menegaskan mereka juga menuntut kerajaan menjamin kebebasan dan hak menerbit kepada sesiapa sahaja yang mahukannya.

Beliau juga secara berjenaka berkata perhimpunan itu bukan bertujuan menggulingkan kerajaan tetapi sekadar "giling" kerajaan

"Sehingga 4 Januari, jika The Heat tidak sampai ke tempat letak akhbar (di kedai), kami akan turun ke jalan.

"Kalau The Heat sampai ke tempat letak akhbar, kami tetap akan turun ke jalan," katanya disambut tepukan peserta yang padat di dalam dewan.

8 tuntutan GERAMM
GERAMM mengemukakan lapan tuntutan kepada kerajaan, parti politik dan petugas media sendiri, iaitu:

Kepada Kerajaan Persekutuan:

1. Tarik balik penggantungan akhbar mingguan The Heat dan benarkan ia beroperasi seperti biasa;

crowd in free the media forum 22. Siasat semula dengan rapi insiden-insiden keganasan anggota-anggota polis terhadap pengamal media sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012;

3. Mansuhkan permit penerbitan yang diwajibkan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) yang tidak relevan lagi; malah ia dijadikan alat kawalan terhadap kebebasan pengamal media;

4. Membenarkan semua pengamal media membuat liputan di semua majlis kerajaan dan bangunan-bangunan awam untuk keperluan liputan berita;

5. Memohon maaf kepada pengamal-pengamal media atas tindakan-tindakan pencabulan hak kebebasan media selama ini;

Kepada parti-parti politik:

6. Memberi akses yang sama rata kepada semua pengamal media, tanpa pilih kasih, untuk hadir untuk liputan berita dalam aktiviti atau sidang media masing-masing

Kepada semua media dan wartawan:

panelists in free the media forum7. Mengamalkan etika kewartawanan, yang dianggap piawaian dunia, demi memberikan liputan berimbang dan adil kepada semua;

8. Mendukung semangat kebebasan, keadilan dan hak-hak asasi manusia.

Forum malam tadi disertai wakil-wakil akhbar utama atas talian, termasuk Malaysiakini, penerbit bebas dan wakil Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Malaysia.

Tiada ulasan: