Khamis, 21 Februari 2019

PRK SEMENYIH : PAS LEBIH AKTIF BANTU BN – ANNUAR

Wartawan Watan-Online

Kerjasama UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bukan sahaja lebih erat, malah lebih terbuka, ujar Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya perkembangan positif itu jelas ketara berbanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands lalu.

“Di sini lebih kuat, jentera PAS di Semenyih lebih kuat daripada gerak kerja di Cameron Highlands.

“Macam di Cameron, saya berada di sana sepanjang masa, gerakan itu tidak begitu terbuka. Tapi lebih baik daripada pilihan raya sebelum ini, tapi yang di Semenyih ini, jentera boleh kata bergerak bersama sepanjang masa.

“Lebih teratur, lebih kemas di Semenyih ini. Dari hari pertama lagi. Belum penamaan calon lagi, kita sudah ada jawatankuasa bersama, kita rancang bersama. Dan sekarang ini jentera PAS cukup aktif di sini,” katanya ketika dihubungi media tempatan pada Rabu.

Mengulas lanjut Annuar berkata perkara tersebut berkemungkinan besar menjelaskan maksud ‘sokongan PAS sedikit berbeza’ di Semenyih berbanding Cameron berikutan penyokong PAS di Semenyih lebih kuat dan ramai berbanding Cameron.

“Maksud tak sama mungkin lebih kuat lagi, tentu tak sama. Sebab di sana jentera PAS cuma kuat di satu DUN, satu DUN lagi itu jentera PAS tak banyak di Tanah Rata, dia (PAS) cuma di DUN Jelai.

“Jumlah undi PAS pun hampir 7,000 undi. Jadi PAS agak kuat di Semenyih, dan sudah tentu sokongannya tidak sama.

“Kerana di sini sokongan di sini lebih kuat lagi,” katanya lagi.


Tiada ulasan: