Sabtu, 23 September 2017

Suspek didakwa ambil dadah bukan kerabat diraja Johor

 
Jemaah Majlis Diraja Johor menafikan laporan media yang mendakwa seorang kerabat diraja Johor dituduh atas dakwaan menggunakan dadah.


dato-rahim


PETALING JAYA: Jemaah Majlis Diraja Johor hari ini menafikan laporan media yang mendakwa seorang suspek yang dituduh atas dakwaan menggunakan dadah merupakan kerabat diraja Johor.

“Suspek yang dikatakan tidak pernah dimasukkan dalam senarai kerabat,” kata Yang Dipertua Datuk Abdul Rahim Ramli dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, the Star melaporkan seorang Kerabat Diraja Johor, dituduh atas 3 pertuduhan iaitu mengambil dadah jenis methamphetamine dan memiliki dadah jenis sama serta ganja, Jun lalu.

Individu terbabit mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Abdul Rahim juga menambah keistimewaan dan kuasa untuk melantik dan memasukkan seseorang sebagai anggota kerabat diraja Johor terletak pada Sultan Johor, seperti yang dinyatakan dalam Bahagian II Perkara 7(2)(e) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

“Dekri diraja 1922 mengecualikan orang yang tidak dilantik oleh Sultan Johor di bawah Perkara itu daripada diiktiraf sebagai kerabat,” katanya.

Tiada ulasan: