Isnin, 25 September 2017

Selami derita rakyat sebelum persenda dengan GST

DR RIDUAN MOHD NOR  

KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini seperti suatu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Beliau mengungkit bahawa Malaysia hanya mengenakan sebanyak 6 peratus berbanding 28 peratus cukai GST di India, tetapi rakyat Malaysia riuh rendah bising dan marah kerajaan. Bahkan beliau mempersenda rakyat Malaysia dengan menganggap rakyat hanya mahu cuti umum dan makan berbanding membayar cukai.

Sebagai pemimpin yang kaya raya, Perdana Menteri mungkin tidak mengerti nilai enam peratus berbanding rakyat terbanyak. PM boleh berseloroh, menghina, mengutuk, memperli dan mempersenda rakyat yang suka makan, bercuti dan tidak suka kepada cukai. Bagi PM, GST tidak membebankannnya kerana beliau mampu membayarnya. Pendapatannya mencecah puluhan ribu ringgit, dan dengan segala kemudahan yang disediakan untuknya secara percuma. Apalah nilai enam peratus cukai GST bagi individu sepertinya, kerana kemewahannya untuk menampung segala macam cukai yang dikenakan.

Hakikatnya rakyat yang menanggung derita ini hidup dalam keadaan terhimpit dan bingung memikirkan kos sara hidup yang tinggi. Beliau tidak pernah merasa nilai pendapatan berjumlah RM3,000 sebulan (seperti pendapatan rakyat kebanyakan), dan jumlah itu terpaksa menampung segala perbelanjaan hidup sekeluarga. Mungkin beliau tidak pernah bersua dengan rakyat yang terpaksa bekerja siang dan malam, lakukan dua tiga kerja bagi menampung kehidupan keluarga. PM belum bertemu dengan rakyat yang tidak pernah termimpi membeli rumah kerana kos yang mahal, duduk di rumah sertinggan, tinggal hujung terpuruk di pedalaman kampung tanpa kemudahan asas dan keselesaan, bercatu perbelanjaan harian dan lain-lain lagi.

Jika Datuk Seri Najib mahu membandingkan kadar enam peratus GST Malaysia yang rendah, mengapa beliau tidak juga buat bandingan dengan kadar pendapatan seisi rumah rakyat Malaysia sebulan. Buat juga kajian dan bandingan dengan harga barangan keperluan dengan kemampuan rakyat. Lihatlah kepada kadar tol di lebuh raya Malaysia, harga minyak petrol dan diesel yang kerap naik jarang turun, harga kenderaan dan rumah yang beribu kali ganda daripada gaji individu. Juga terhadap cukai-cukai lain yang rakyat terpaksa bayar seperti cukai jalan, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai tanah dan lain-lain.

Jika GST perlu dikekalkan seperti yang PM dakwa, pastikan pendapatan rakyat naik dengan sejajar dan kos sara hidup dapat diturunkan. Pastikan setiap minggu harga petrol dan diesel sentiasa turun dan kekal

Tiada ulasan: