Jangan sebar dan kongsi maklumat tidak pasti
BANGI – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan maklumat yang tular di media sosial berhubung cuti kelepasan untuk negeri-negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini.
Dalam satu kenyataan, JPM memaklumkan, maklumat yang tersebar menerusi satu tangkap layar yang tular di media sosial mengenai cuti kelepasan itu adalah palsu.
“Pekara ini merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di WhatsApp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari ini.
“Sehubungan itu, JPM ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera adalah tidak benar,” katanya.
Justeru, orang ramai diminta tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu, katanya.
No comments:
Post a Comment