Khamis, 23 Disember 2021

Warga emas maut dirempuh ketika melintas jalan

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam. - Foto fail NSTP
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam. - Foto fail NSTP

KULIM: Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan berhampiran stesen minyak di Jalan Paya Besar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, S Muniandy, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam, berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.26 pagi memaklumkan mengenai kemalangan itu.

Katanya, siasatan mendapati sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih dipandu wanita berusia 27 tahun dalam perjalanan dari Paya Besar menghala ke Kulim Hi-Tech tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa yang sedang melintas jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sazalee berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tiada ulasan: