Isnin, 27 Disember 2021

Selepas anak, Tuan Ibrahim sahkan dijangkiti Covid-19

Tuan Ibrahim Tuan Man

MENTERI Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan telah menjalani kuarantin.

Menerusi hantaran Facebook, beliau berkata, turut dijangkiti wabak itu adalah empat orang anak dan seorang cucunya.

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19.

“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sg Buluh. Doakan,” tulisnya.

22 Disember lalu, Tuan Ibrahim menerusi hantaran Facebook memaklumkan tiga orang anaknya dijangkiti Covid-19.

Menerusi hantaran dan perkongsian gambar di Facebook beliau ketika itu, beberapa orang cucu beliau turut dipakaikan gelang merah jambu dipercayai kontak rapat kes.

Tiada ulasan: